Bekas Banduan Dedah Kehidupan Anwar Di Penjara

02:11
Bekas Banduan Dedah Kehidupan Anwar Di Penjara merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Bekas Banduan Dedah Kehidupan Anwar Di Penjara.


PETALING JAYA : Seorang bekas banduan telah tampil menceritakan kehidupan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh, lapor dari sebuah portal tempatanMalaysiandigest.

Sulaiman Ajik, 49, berkata kehadiran Anwar membuka lembaran baharu kepada penghuni di penjara itu.

Sulaiman dalam temubual eksklusif bersama KeadilanDaily berkata, Anwar banyak menghabiskan masa mentelaah buku agama dan membaca al-Quran.

“Anwar turut mengimamkan lebih 300 jemaah banduan dan petugas penjara serta menyampaikan tazkirah selepas solat,” katanya.

Katanya, Ketua Umum PKR itu tidak pernah menyentuh isu politik sebaliknya takzirah tentang nasihat dan bagaimana mahu menjadi manusia yang baik serta berguna kepada manusia lain.

“Tetapi yang menariknya apabila Anwar memberi tazkirah, banduan seolah-olah terpaku dan sentiasa ternanti-nanti pada esoknya apa yang ingin Anwar sampaikan,” katanya.

Sulaiman berkata, kali pertama melihat sel yang didiami Anwar, dia sayu dan sedih.

“Tidak dapat digambarkan bila seorang pemimpin seperti beliau meringkuk di penjara dalam keadaan sedemikian rupa.

“Tapi beliau tidak mudah patah semangat. Dalam penjara pun, beliau selalu beri kata-kata semangat pada semua banduan lain,” katanya.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata keadaan sel penjara amat menyeksakan bagi individu seusia Anwar yang turut menderita sakit belakang.

Katanya, Anwar diberikan sebuah meja sebagai alas tempat tidur dipercayai diberikan selepas peguam membuat bantahan.

“Tetapi yang sedihnya hanya tilam nipis sebagai pengalas untuk baring. Untuk bantal pula atas inisiatif banduan-banduan yang mengumpulkan lipatan kain dan dimasukkan ke dalam sarung sebagai bantal untuk Anwar tidur,” katanya.

Sulaiman turut menceritakan kegemaran Anwar menyanyikan lagu Azizah dan berpuisi ketika berada dalam sel penjara.

Sulaiman berkata, dia juga sempat mencatatkan puisi yang dibacakan oleh Anwar.
Sulaiman baru dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara enam bulan kerana memiliki barang curi.

Dia mendakwa dirinya diperdaya untuk membeli sebuah laptop daripada seorang pelajar.

Sumber:

#Panas di Bekas Banduan Dedah Kehidupan Anwar Di Penjara

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.