BAYI SETAHUN MAUT LEMAS TERJATUH DALAM BALDI BERISI AIR

21:24
BAYI SETAHUN MAUT LEMAS TERJATUH DALAM BALDI BERISI AIR merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri BAYI SETAHUN MAUT LEMAS TERJATUH DALAM BALDI BERISI AIR. “Hati saya sebak melihat bayi yang lemah longlai seperti tidak bernyawa didukung ibunya sambil wanita itu berdiri di muka pintu menjerit meminta bantuan,” kata Che Sham Hussin, 53, dari Bukit Payung, Pokok Sena, Alor Setar, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, Muhammad Adam Razin Abd Razak yang berusia setahun tidak sedarkan diri selepas dipercayai terjatuh ke dalam baldi berisi air dalam bilik air rumahnya.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika ibunya yang berusia 30-an, meninggalkannya bersama dua kakaknya berusia empat dan dua tahun di ruang tamu kerana mahu mengambil pakaian dalam kereta.

Tidak lama kemudian, wanita itu tergamam apabila mendapati anak bongsunya tidak sedarkan diri dengan kepala tersembam dalam baldi berisi air. Panik dengan kejadian itu, dia mengangkat anaknya, namun badan mangsa sudah bertukar kebiru-biruan.

bayi setahun maut lemas terjatuh dalam baldi berisi air

Menurut Che Sham, ketika kejadian dia berada di halaman rumahnya untuk mencari umpan memancing ikan apabila terdengar jeritan jirannya meminta tolong. Katanya, dia yang terkejut dengan jeritan itu segera berlari ke arah rumah berkenaan dan melihat jirannya terbabit sedang mendukung anak bongsunya sambil meraung. 



Sumber: Metro

sumber

#Panas di BAYI SETAHUN MAUT LEMAS TERJATUH DALAM BALDI BERISI AIR

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.