262 AES Di Lokasi Baru

14:54
262 AES Di Lokasi Baru merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 262 AES Di Lokasi Baru.



Kerajaan Malaysia dilaporkan akan memulakan pelaksanaan fasa kedua AES yang melibatkan 262 AES terbaru di seluruh negara.


Menurut sumber, Kementerian Pengangkutan mahu memperbanyakkan lagi pemasangan AES di Malaysia menjelang hujung tahun ini terutamanya di lampu isyarat di simpang.


Fokus utama pelaksanaan ini adalah untuk keselamatan di kawasan simpang dengan lampu isyarat, di mana kebanyakan kemalangan dan kematian yang meningkat adalah kerana motor dan juga pemandu seringkali melanggar lampu isyarat merah.


Kos pelaksanaan AES fasa kedua ini dilaporkan menelan belanja RM700 juta.


Fasa ujian bagi kamera AES yang melibatkan 14 kamera yang diletakkan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan juga Perak di mana 10 lagi diletakkan secara tetap dan 4 lagi adalah unit mudah alih.


262 unit kamera AES dijangka adalah seperti:

Selangor: 38
Johor: 32
Kedah: 26
Perak: 22
Terengganu: 20
Negeri Sembilan: 18
Pulau Pinang: 18
Kelantan: 16
Kuala Lumpur, Labuan, Perlis, Sabah, Sarawak, Pahang, Melaka dan Putrajaya: 72



sumber #Panas di 262 AES Di Lokasi Baru

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.