Pelajar UiTM Maut Dikelar Sebenarnya Diculik Terlebih Dahulu Sebelum Suspek Membunuhnya..!!!
Ini cerita sahih dikongsikan dari kenalan fb..harap sangat kita tak terlalu membuat andaian itu ini…
Takut-takut bila kita banyak bertanya dengan mengata perkara yg tak sahih..akan lagi menyinggung perasaan kluarga atau kenalan arwah..dan takut juga akan lebih banyak mendatangkan fitnah..adalah lebih baik kita mendoakan yang baik2..dan menyedekahkan Al fatihah..moga arwah di tempat dikalangan org2 yg beriman seperti sehebat nama arwah..dan mengampunkan juga segala salah silap kita..ingatan utk diri ini juga..mati itu pasti..tidak akan lambat walau sesaat..dan tidak akan cepat walau sesaat..maaf klo salah wallahualam..
H: Culik mangsa sebelum kelar atas lebuh raya
BANDAR KUALA KANGSAR – Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang yang maut dikelar di leher sebenarnya telah diculik terlebih dahulu sebelum suspek membunuhnya dalam kejadian di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara – Selatan berhampiran Bukit Gantang.
Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa, rakan mangsa ada menghubungi ibu pelajar malang itu, Nursyuhada Johari, 20, memaklomkan anaknya dilarikan lelaki berusia 25 tahun itu.
Ujarnya lagi, suspek menaiki kereta dan masuk ke kawasan kampus lalu menghunus pisau kepada mangsa serta memaksa arwah mengikutinya kira-kira pukul 11.00 pagi, semalam.
“Rakan-rakan melarang mangsa mengikut lelaki itu tetapi mungkin semasa kejadian dia berfikir boleh mententeramkan suspek,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar, di sini, semalam.
Dia yang enggan dikenali berkata, mangsa dipercayai mengikut suspek kerana Nursyuhada memang mengenali lelaki itu apatah lagi selepas dia diugut dengan pisau.
Katanya, sebaik rakan mangsa menghubungi ibu Nursyuhada, ahli keluarga kemudian mula mencari mangsa dan berkali-kali menghubungi telefon bimbitnya tetapi tidak berjawab.
“Keluarga hanya mengetahui kejadian buruk menimpa mangsa apabila bapa Nursyuhada menghubungi bapa suspek.
“Bapa suspek itu memberitahu suspek telah kelar mangsa sebelum mereka pergi ke balai polis untuk pengesahan,” katanya selain menambah mangsa merupakan anak kedua daripada enam beradik.
Katanya, pelajar jurusan Diploma Pengurusan Hotel dan Pelancongan itu memang mengenali suspek tetapi bukan pasangan kekasih seperti laporan sesetengah media.
“Suspek mahu berkawan dengan Nursyuhada tetapi ahli keluarga serta mangsa sedia maklum dengan tabiat dadah suspek.
“Nursyuhada merupakan seorang yang ceria serta gemar bergurau. Kami terkejut dengan tindakan suspek sehingga sampai ke tahap ini,” katanya.

Sumber : thekrikkrik.com
EmoticonEmoticon