8 GAMBAR : Pengemis Di Siang Hari …MAKAN MEWAH Di Hotel Bintang Lima Di Malam Hari !!!

00:08
8 GAMBAR : Pengemis Di Siang Hari …MAKAN MEWAH Di Hotel Bintang Lima Di Malam Hari !!!



Ada ramai orang yang meminta belas kasihan orang lain dengan menadah tangan. Sebahagian daripada mereka ditinggal keluarga dan tidak mempunyai tempat tinggal, sehingga mengemis adalah pilihan terakhir untuk bertahan hidup. Sedangkan sebahagian pengemis lain, mereka masih muda tetapi meminta-minta sedangkan mereka bergaya hidup mewah.



Seorang jurugambar senior bernama Zhengzhou dari China mendedahkan gambar tiga orang pengemis dengan mengekori mereka. Mereka kelihatan sangat profesional, pakaian mereka compang-camping. Geng pengemis ini seolah-olah satu keluarga, bahkan menangis menyayat hati apabila meminta-minta. Sudah pasti ramai yang bersimpati dan memberikan beberapa keping wang pada mereka.



Jurugambar dengan sabar menunggu seharian sehingga terkuak fakta yang sangat mengejutkan. Tiga pengemis itu bukan orang miskin, kehidupan mereka jauh dari mewah dari orang biasa. Mereka tinggal di rumah yang lebih baik. Tiga pengemis itu juga bersarapankan burger di restoran makanan segera. Ketika tengah hari, mereka makan daging lembu di sebuah restoran, minum bir, mencuci mulut dengan tembikai dan makan aiskrim. Ketika malam tiba, mereka makan di restoran mewah hotel lima bintang.



Bayangkanlah! Orang yang memberikan mereka wang belum tentu boleh makan di restoran hotel lima bintang. Hanya orang-orang kaya dan orang penting sahaja yang mampu menikmati kemewahan hotel bintang lima. Bahkan jurugambar turut berjaya merakam pengemis tersebut ketika membeli barang-barang mewah.



Dengan berpura-pura sakit dan menangis, mereka mampu meraih banyak duit di luar apa yang anda bayangkan. Rata-rata pendapatan pengemis adalah RMB $ 3,000 .































Sumber : Dairishare




Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.