Punca Sebenar Datuk Jalaluddin Hassan Tegur Kumpulan Jalor..!!!

18:32
Punca Sebenar Datuk Jalaluddin Hassan Tegur Kumpulan Jalor..!!!




Pelakon dan juri tetap program Maharaja Lawak Mega 2014, Datuk Jalaluddin Hassan akui sedikit kecewa dengan persembahan yang ditampilkan sesetengah kumpulan yang dilihat sedikit hambar dan ‘syok sendiri’. Menurut Datuk Jalaluddin Hassan, tema mingguan yang diberikan bukan alasan utama atau penyebab peserta tidak mampu menyerlah di atas pentas MLM 2014.



“Saya rasa tema bukan alasan untuk mereka tidak begitu menyerlah seperti apa yang berlaku di minggu-minggu sebelum ini. Mereka harus berfikir di luar kotak untuk mencari idea-idea yang bernas dan tidak berada dalam keadaan selesa kerana mempunyai sokongan peminat yang kuat.


“Saya tak mahu mereka syok sendiri. Jika mereka berlatih sebagai satu kumpulan, mereka mampu hasilkan sebuah idea yang bagus untuk dijadikan sebuah persembahan yang cukup hebat buat para penonton.

“Pilih satu idea yang boleh dibawa ke pentas dan pasti akan ada kelainan untuk persembahan yang seterusnya dari minggu ke minggu,” ujar Datuk Jalaluddin Hassan.



PUNCA DATUK JALALUDDIN HASSAN TEGUR KUMPULAN JALOR: Tambah Datuk Jalaluddin Hassan lagi, teguran yang diberikan oleh kumpulan Jalor mengenai persembahan mereka yang membawakan pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki iaitu ‘Baju Melayu’ seharusnya harus dipandang serius.

“Ya betul lawak untuk orang ketawa, tetapi seperti kebebasan bersuara kita bebas untuk bersuara tetapi ada had-had tertentu. Mereka harus peka dan perlu menjaga sensitiviti rakyat Malaysia yang menonton program MLM 2014.

“Pastikan lawak mereka bijak. Jangan perkotak-katikkan hal agama, budaya dan kaum. Pada mereka mungkin lawak, pada sesetengah orang mungkin tidak,” tambahnya lagi.



Sumber : http://sensasimalaysia.com/




Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.