Punca Perkahwinan Remaja 15 Tahun Tersebar

10:37
Punca Perkahwinan Remaja 15 Tahun Tersebar


Punca Perkahwinan Remaja 15 Tahun Tersebar | Perkahwinan di kala usia muda, Muhd Muaz Mislan berumur 15 tahun dan isterinya iaitu Amiera Nur Ezati berumur 17 tahun telah menjadi viral di laman sosial.


Pasangan muda ini telah berkahwin pada 30 November 2014 di Kluang, Johor. Orang ramai dan masyarakat kebanyakannya memberikan pandangan dari sudut positif kerana perkahwinan pada usia muda ada hikmahnya terutama dapat mencegah maksiat.


Namun ada juga yang mengatakan mungkin ini sama kes seperti kebanyakan perkahwinan mudah iaitu terpaksa kerana ingin menutup aib.


Muaz telah tampil bagi menafikan pelbagai spekulasi yang diberikan orang ramai di laman sosial dengan menyatakan dirinya ingin menutup aib tetapi sebenar atas dasar kekeluargaan.


“Asal kahwin muda je mesti orang cakap macam-macam, benda itu Muaz dah sedia awal sebenarnya. Perkahwinan Muaz bukan atas dasar sebab bunting ke, dia nak mati ke apa benda semua la tetapi atas dasar keluarga,” katanya.


Sumber

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.