Mangsa Banjir Cecah 17,000 Orang, Bandung Diisytihar Darurat

20:39
Mangsa Banjir Cecah 17,000 Orang, Bandung Diisytihar Darurat




BANDUNG: Pihak berkuasa Bandung semalam telah mengisytiharkan darurat selepas banjir melanda wilayah berkenaan semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan semakin tinggi.



Menurut Ketua Agensi Kawalan Bencana Bandung Marlan. keputusan mengisytihar darurat bagi wilayah tersebut dilakukan ekoran keadaan banjir dikawasan itu bertambah buruk. Perintah darurat ini berkuatkuasa sehinga 29 Disember dan akan dilanjutkan jika keadaan memaksa.



“Banjir melanda Bandung sejak beberapa hari lalu. Kerana itu adalah sesuai untuk mengisytiharkan darurat,” kata Marlan.



Menurut Marlan, di daerah Dayeuhkolot dan Baleendah, sekurang-kurangnya 17,000 sudah dipindahkan melibatkan 6,000 buah rumah ditenggelami banjir.



Selain itu, banjir situasi banjir di Jawa Tengah dan juga di Aceh tidak menunjukkan tanda-tanda pulih dengan beberapa kampung di wilayah Banyumas teah tenggelam kelmarin yang memusnahkan ratusan hektar kawasan pertanian.



Pemangku ketua agensi kawalan bencana wilayah, Prasetyo Budi Widodo berkata belum ada penduduk yang dipindahkan.



“Banjir yang melanda beberapa daerah di sini perkara biasa setiap kali musim hujan. Paras air masih belum di tahap mencemaskan. Tetapi tanah sawah sudah banyak yang tenggelam,” kata Prasetyo.



Manakala di Aceh pula, seorang penduduk mati selepas dihanyutkan arus deras Sungai Aceh sementara petani terpaksa memindahkan haiwan ternakan mereka ke kawasan lebih tinggi di wilayah Aceh Besar.



Langkah itu diambil selepas keadaan banjir semakin buruk setelah air Sungai Aceh melimpah tebing.



Sumber : Siakapkeli.com.my




Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.