Wanita Briged Al-Qassam sanggup korban diri

08:34
Wanita Briged Al-Qassam sanggup korban diri




KOTA BHARU - Walaupun kurang ditonjolkan, namun peranan wanita Briged Al-Qassam tidak kurang hebatnya apabila ada dalam kalangan mereka tanpa menghiraukan keselamatan menjadi pengebom berani mati.



Widyan S Shaat berkata, wanita akan mengenakan pakaian tentera dan membawa bom ke kawasan Yahudi sebelum diletupkan bersama diri mereka, malah beberapa kejadian melibatkan letupan bom, ia sebenarnya dilakukan tentera al-Qassam wanita.



“Malah mereka, khususnya golongan ibu memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat perjuangan dalam diri anak sejak di alam kandungan.



“Setiap ibu yang mempunyai semangat perjuangan, mereka akan menerapkan dalam diri anak mereka untuk mati syahid,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.



Beliau yang juga pengarah sebuah badan bukan kerajaan, Pusat Al-Ithar yang berperanan membantu anak perempuan kecil di Selatan Gaza berkata, Zionis yang menyedari penglibatan wanita dalam Briged Al-Qassam menangkap dan memenjarakan mereka dengan pelbagai tuduhan.



“Bagaimanapun ada dalam kalangan mereka dibebaskan sebaik berlaku genjatan senjata,” katanya.



Widyan berkata, bagi anak di Palestin, ibu mereka merupakan tentera al-Qassam kerana semangat yang dimiliki, selain peranan dimainkan dalam merangsang anak untuk berjuang, sekali gus mati syahid.



Menurutnya, sebagai ibu, beliau juga mahu anaknya mati syahid dan sentiasa memberi rangsangan kepada anak-anak bahawa mereka akan syahid.



Dalam pada itu, mengulas peranan Pusat Al-Ithar, Widyan berkata, pihaknya juga berperanan memulihkan kanak-kanak yang mengalami trauma, kesan kekejaman Zionis dalam hidup mereka.



Sumber: Sinar Harian




Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.