Kisah Seram Angkara Tidak Mandi Wajib
Kisah ini bukan berlaku pada saya tapi pada kawan kakak saya. Kisah in berlaku kira-kira pada tahun 80an.
Kakak saya mempunyai kawan perempuan yang agak terkenal akan kenakalannya, namanya Ju. Orangnya ambil tak endah tentang pantang larang dan suruhan agama. Kalau datang bulan tak pernah mandi hadas atau mandi wajib. Apa yang berlaku, satu hari dia bersiar2 dengan teman lelakinya di kawasan Clementi Woods.
Sedang asyik mereka berbual2 di situ, tiba2 teman lelakinya nampak cemas dan terus ajak pulang. Dia pun mula rasa marah kerana teman lelakinya tak cakap kenapa tergesa2 ingin pulang siang2. Dia ni selalu gaduh dengan ibunya jadi selalulah dia tidur di rumah kawan. Sebab tulah tak suka balik siang. Kerana terpaksa, dia pun pulang. Kerana dia ni tak ada pantang larang, dia balik, buka pintu, dalam gelap2 dia masuk bilik. Tak cuci kaki, tak cuci muka, terus baring di atas katil.
Tiba2 sedang dia pejamkan mata, dia terdengar bunyi macam orang mengebas cadar, kuat bunyinya. Kemudian dia terasa bulu romanya berdiri dari kaki hingga ke tengkuk. Dia pun cubalah baca2 apa yang dia tahu tapi dalam keadaan kotor, baca apa pun tak guna. Kemudian dia terdengar bisikan di telinga, “Nak tidur Ju???” Dia tak pasti samada dia dengar “Cu” atau “Ju” iaitu namanya. Walaupun sedang dalam keadaan takut, dengan mata tertutup, dia merangkak di lantai dan menuju ke pintu. Dia tahu selok-belok bilik itu kerana ada katil dan satu almari di tepi sahaja, jadi tengah2 semua kosong.
Namun, semasa merangkak di tengah bilik, dia terlanggar sesuatu. Dia pun apa lagi, terus cepat2 meluru ke pintu dalam keadaan merangkak. Dia terus mengetuk bilik kawannya. Lama juga baru kawannya buka dengan suaminya di sebelah. Kerana suaminya tahu sedikit pasal benda-benda ini, apalagi muka suaminya punyalah berang. Marah apabila dia tengok dan dia tahu apa terjadi tak payah cerita pun. “Kau pergi mandi sekarang, menyusahkan orang aje bawak benda2 ni balik…”
Sesudah mandi, dan suami kawannya dah halau benda tu keluar, dia nak tidur dalam bilik temannya tapi suami temannya tak benarkan, memang padan muka dia. Semasa dia di dalam bilik itu dengan senaskah Al-Qur’an di tepi kepala, dia masih terdengar bunyi cakaran di tingkap. Berdesing telinganya. Maklum tingkap dulu kan tingkap jenis aluminium.
Diharapkan anda tidak buat main-main perkara seperti ini. Bagi mengelakkan berlaku perkara yang buruk, kita hendaklah sentiasa membersihkan diri sentiasa.

EmoticonEmoticon