JOM TENGOK !! Lelaki Cacah Kalimah Allah Pada Badannya !!
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menyiasat penyebaran gambar seorang individu yang bertindak mencacah kalimah suci Islam di badannya seperti yang tersebar luas di Facebook.
Menurut Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, Jakim akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan individu tersebut.
“Kita telah pun menerima laporan dan telah meminta pegawai pejabat agama untuk memeriksa perkara tersebut. Buat masa ini kita belum tahu siapa individu tersebut,” katanya kepada pemberita.
Beliau juga diminta mengulas mengenai gambar seorang lelaki berumur lingkungan 30-an dengan tatu pada badannya seperti di dahi, leher dan tangan yang tertera kalimah ‘Bismillah’, ‘ALLAH’ dan lain- lain lagi.
“Perbuatan lelaki itu adalah haram dan ianya telah mencemarkan kesucian kalimah tersebut, walaupun kalimah itu merupakan sesuatu yang mulia .
“Perbuatan itu juga tidak kena pada tempatnya . Jika mahu menyanjung al-Quran sekalipun , ianya boleh dibuat dengan cara lain seperti menghafaz 30 juzuk al-Quran,” kata Othman sambil meminta individu terbabit agar dia bertaubat. -mynewshub
Sumber: braderpanas

EmoticonEmoticon