Punca Sebenar Cincin tersekat di Pangkal Kemaluan Lelaki. Sikap suka mencuba sesuatu yang baru akhirnya membawa padah. Kejadian Memalukan Gara-gara Suka Mencuba. Cincin Ball Bearing Tersangkut di Kemaluan Lelaki. Sumber: Cincin Ball Bearing Tersangkut di Kemaluan Lelaki.
Kejadian Memalukan Gara-gara Suka Mencuba
Gara-gara hanya suka mencuba. Akhirnya membawa padah. Malu seumur hidup dan terpaksa menanggung derita. Dalam memenuhi masa yang terluang, seorang lelaki dengan tidak semena-mena memasukkan cincin besi pada kemaluanya. Entah dari mana, mungkin tiba-tiba idea bodoh itu datang di mindanya.
Kejadian Memalukan itu berlaku pada Sabtu sekitar 5 petang di Kampung Dewa Beta, Kota Baru Kelantan. Pada mulanya perbuatan memasukan cincin ball bearing hanya telus ketika disarung di kemaluannya. Malangnya cincin itu tersekat di pangkal kemaIuan ketika cuba untuk dikeluarkan.
Cincin Tersangkut di Kemaluan
Setelah beberapa kali gagal mengeluarkan cincin di kemaluannya. Lelaki tersebut mula panik dan cuba mengeluarkan secara paksaan cincin yang tersangkut di kemaluannya. Akhirnya kemaIuannya mulai membengkak dan sangat menyakitkan.
Malu tetapi Terpaksa
Setelah tidak tahan menanggung derita selama 11 jam, walaupun merasa malu, akhirnya lelaki tersebut terpaksa meminta
bantuan bapanya untuk dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II
(HRPZII) pada keesokan harinya.
Saya hanya suka-suka saja. Saya jumpa benda tu (Gelang Ball Bearing Besi) dan saya pun cuba menyarungnya di dalam zakar. Tapi tak sangka ia tersangkut dan tak boleh dikeluarkan- Lelaki Suka Mencuba
Derita Kemaluannya Tidak Berakhir di situ.
Doktor mengalami kesukaran mengeluarkan cincin berkenaan. Akhirnya terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk membantu pihak hospital
Doktor gagal berbuat apa-apa memandangkan alat suIitnya membengkak dan meminta bantuan unit Emergency Medical Rescue Team EMRS- Jabatan Bomba dan Penyelamat
Pihak Bomba dan Penyelamat menerima panggilan seawal pagi dan seramai empat anggota dikerahkan ke HRPZ II. unit Emergency Medical Rescue Team mengambil masa selama dua jam untuk memotong cincin terbabit menggunakan 'ring cutter'. Kerja-kerja menyelamat kemaluan lelaki tersebut dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kecederaan pada alat sulit mangsa
Sepanjang prosedur terbabit mangsa tidak sedarkan diri selepas diberi ubat bius. Ini merupakan kes pertama seumpamanya dilaporkan di negeri Kelantan.
EmoticonEmoticon