MH17: Suasana Pilu Sambut 2 Lagi Jenazah Pagi Ini
SEPANG – Suasana sedih dan pilu menyelubungi pekarangan Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini apabila keranda diliputi bendera Jalur Gemilang kelihatan, sebaik pintu pesawat dibuka tepat jam 8.32 pagi.
Jenazah kumpulan kedua itu adalah Penyelia Penerbangan Kabin pesawat MH17, Mohd Ghafar Abu Bakar dan pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Ng Shi Ing yang disambut penuh terhormat pada upacara Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 yang bermula pada jam 8.26 pagi tadi.
Lapan anggota pengiring Tentera Diraja Malaysia yang lengkap memakai pakaian seragam putih mengiringi keranda dan bekas abu mayat ke kenderaan jenazah dengan penuh adat istiadat ketenteraan sambil diperhatikan dengan perasaan sebak oleh ahli keluarga mangsa dari kejauhan.
Selesai majlis penghormatan terakhir kepada jenazah, tempoh bertafakur selama seminit diumumkan serentak di seluruh negara tepat jam 8.41 pagi dengan tetamu yang berada di landasan Kompleks Bunga Raya juga turut tunduk bertafakur mengikut kepercayaan agama masing-masing.
Cuaca cerah yang menerangi langit pagi ini, melancarkan upacara penghormatan di landasan kompleks berkenaan, sebelum jenazah dihantar ke lokasi persemadian terakhir.
Difahamkan, jenazah Allahyarham Mohd Ghafar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang, Selangor manakala abu mayat mendiang Ng akan dibawa ke Xiao En Bereavement Care Sdn Bhd, di Cheras, Kuala Lumpur.
Sementara itu, identiti jenazah ketiga tidak didedahkan atas permintaan pihak keluarga, dan difahamkan jenazahnya dibawa terus ke kediaman keluarganya.
Dua jenazah berkenaan adalah antara tiga jenazah yang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tepat jam 6.53 pagi tadi menerusi penerbangan komersial MH19 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, Belanda pada jam 12.50 tengah hari Sabtu waktu tempatan (6.50 petang waktu Malaysia).
Selepas menurunkan penumpang, pesawat MH19 berkenaan menunggu sementara sebelum bergerak ke Kompleks Bunga Raya pada jam 8.26 pagi bagi Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17.
Di Kompleks Bunga Raya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman antara yang hadir menyambut ketibaan jenazah. Turut hadir beberapa menteri Kabinet dan dif kehormat serta keluarga mangsa.
Setakat ini, pihak berkuasa Belanda mengenal pasti 30 mayat rakyat Malaysia, termasuk 20 yang sudah dibawa pulang ke tanah air kelmarin dan tiga pada hari ini.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas selepas ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.
Selain 43 warga Malaysia, pesawat itu turut membawa penumpang warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand. – BH Online

EmoticonEmoticon