Azwan Ali buat pengakuan mengejut tentang ASTRO

12:54
Azwan Ali buat pengakuan mengejut tentang ASTRO Diva Azwan Ali memang sinonim dengan ayat-ayat mencarut dan bermulut puaka kerana keberanian dan kelantangannya memaki hamun rakan selebriti lain secara terbuka.



Sehingga kini, bilangan artis yang menerima cemuhan pedas dari Azwan Ali tidak terkira dan ramai yang menjadi musuh ketatnya. Meskipun begitu, adik Mohamed Azmin Ali itu tidak memperdulikan kebencian mereka dan terus menjalankan tugasnya dengan begitu sempurna.






Baru-baru ini, pelakon dan pengacara terkenal itu tampil membuat pengakuan mengenai tindakannya sering melemparkan tomahan dan cemuhan kepada orang lain terutamanya dalam program MasterChef Selebriti 2 tahun lalu.



Menurut Azwan, beliau sebenarnya dibayar ribuan ringgit oleh pihak ASTRO untuk melakukan tugas mengkritik dan mengulas secara pedas setiap peserta MasterChef Selebriti 2.




Sudah 25 tahun saya jadi artis. Allah itu Maha Mengatur semuanya. Saya pernah naik, saya pernah jatuh. Tapi disaat saya jatuh, saya tak terduduk. Orang saja anggap yang saya terduduk. Saya tahu pada ketika itu, musuh-musuh saya semua bertepuk tangan.Tapi hakikatnya orang tak tahu yang rezeki saya tidak pernah putus. Bila agak lama saya tidak muncul di mana-mana program TV, orang bertanya pada saya, “Kau dah lama tak keluar tv. takde job eh, kau buat apa? Memang itu soalan yang berbisa untuk saya telan.Saya akui saya memang pernah tidak dapat apa-apa tawaran. Tapi Allah Maha Kaya. Pihak Astro pernah tawarkan saya tugas memaki hamun para peserta MasterChef Selebrti untuk musim dua tahun lepas. Untuk job itu saja, saya dibayar ribuan ringgit.Pihak Astro siap bagi saya Astro On The Go lagi. Saya tak perlu susah-susah nak ke Astro, nak keluar TV. Saya duduk rumah jer, duit masuk. Malah program-program saya seperti Sembang Teh Tarik mendapat rating yang tinggi.Jadi saya tak kisah, kalau orang tak suka, benci dan menyampah dengan saya, saya tak peduli semua itu



Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.