Felixia Yeap Luah Kesedihan Dalam Sajak

22:22
Felixia Yeap Luah Kesedihan Dalam Sajak




Gadis berketurunan Cina namun fasih berbahasa Melayu ini serta merta menjadi popular dan menerima peminat yang ramai di media sosial.



Walaupun belum memeluk Islam Felixia amat konsisten mengenakan hijab dan keputusan yang dikongsikan bahawa dia akan mengucap kalimah syahadah pada Ramadan tidak lama lagi adalah satu berita gembira.



Bagaimanapun, dugaan Felixia nampaknya semakin berat selepas pengumuman keputusannya itu apabila sebilangan orang Islam dilihat semakin gemar memberi ‘ceramah’ dan kritikan keras padanya hingga kadangkala mengguris perasaan.



Antaranya puak yang tidak habis-habis mengarahkan Felixia membuang gambar-gambar lamanya yang seksi walaupun Felixia sudah banyak kali menyuarakan keputusannya tentang hal ini.



Terlalu tertekan dengan perkara ini hingga jatuh sakit dibuatnya, Felixia terpaksa membuat rayuan terbuka di Facebook agar pihak yang memberi tekanan padanya supaya berhenti.









Felixia turut mengepos sebuah sajak yang dihasilkannya sendiri bagi menggambarkan kesedihan hatinya sekarang.









Diharapkan selepas ini pihak berkenaan fikirlah banyak kali sebelum memberi tekanan kepadanya lagi.



Harus diingat, walaupun belum memeluk Islam tapi Felixia jauh lebih istiqomah berkaitan aurat berbanding ramai orang Islam sendiri.



Gunakanlah pendekatan berhemah dan mesra dalam menyambut saudara baru bukan dengan mengungkit kisah lamanya kerana orang yang dihina itu entah-entah akan jadi umat Muhammad yang lebih baik daripada kita satu masa nanti, siapa tahu?



Sumber




Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.