Amir Raja Lawak Selamat Bertunang, Nikah Tahun Depan
Pemenang tempat ketiga program Raja Lawak musim ke-3 (RL3), Amir telah selamat melangsungkan pertunangannya bersama seorang gadis yang dikenali sebagai Intan, Jumaat lalu.
Majlis pertunangan Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 26, telah selamat diadakan di rumah pihak perempuan di Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Amir yang dikenali dengan tagline I’m Sorry ini merancang untuk melangsungkan perkahwinannnya tahun hadapan meskipun belum menetapkan tarikh sebenar perkahwinannya.
"Alhamdulillah majlis tersebut berjalan dengan lancar dan kami akan bertunang selama setahun.
"Bagaimanapun masih belum ditetapkan tarikh sebenar kami akan bernikah namun menjangkakan ia akan dilangsungkan lebih awal daripada tempoh bertunang," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Sabtu.
Sebelum ini, Amir pernah membuat pengakuan hatinya sudah terbuka dan berhasrat untuk berkahwin dengan kekasihnya selepas enam bulan berkenalan.
Perasaan cinta tersebut berputik selepas dia melakukan solat sunat istikharah bagi mengetahui sama ada wanita berkenaan sesuai untuknya ataupun tidak.
Dalam pada itu, Amir berkata, mereka merancang majlis berkenaan sejak sebulan lalu selepas hubungan tersebut mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.
Majlis pertunangan Amir dan tunangnya itu diadakan secara kecil-kecilan sahaja dan dia bersyukur semua yang dirancang berjalan dengan baik. Paling penting ia mendapat restu daripada kedua-dua keluarga.
Mengulas mengenai tunangnya, Amir berkata Intan adalah pilihan tepat untuk dijadikan isteri kerana wanita berkenaan sangat memahami dan sentiasa menyokongnya dalam pelbagai perkara.
Jelas Amir lagi, Intan juga adalah orang yang bertanggungjawab menyakinkannya untuk memulakan perniagaan dan sentiasa menyokongnya sehingga usahanya membuahkan hasil.
Dalam perkembangan lain, Amir berkata, selain sibuk dengan aktiviti seni dia kini semakin ligat mempromosikan sabun pencuci (detergen) yang dijualnya sejak beberapa bulan lalu.
Sumber

EmoticonEmoticon