Takziah, Datuk Aziz Sattar Meninggal Dunia

08:05
Takziah, Datuk Aziz Sattar Meninggal Dunia Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون) | Bintang lagenda yang cukup terkenal menerusi filem Bujang Lapok, Datuk Aziz Sattar, 89, dilaporkan telah meninggal dunia di Pusat Perubatan KPJ, Kajang kira-kira jam 2 pagi pada Selasa.


Berita tentang kematian Allahyarham yang merupakan sabahat baik kepada Tan Sri P.Ramlee pada zaman kegemilangan dunia perfileman di Jalan Ampas pada era 60-an, telah disahkan oleh cucunya Abu Ibaidah A.IShak menerusi akaun twitter.





Aziz Sattar atau nama sebenarnya Abdol Azez Satta yang lebih mesra dipanggil Pak Ajis pada Ahad lalu telah dimasukkan ke hospital Kajang selepas mengadu sakit dada sebelum rebah akibat serangan jantung ketika berada di rumah salah seorang anaknya. Allahyarham bagaimanapun dilaporkan stabil dan ditempatkan di Unit Rawatan Korinari (CCU).


Sementara itu, anak perempuan Allahyarham Sandakiah Aziz mengesahkan jenazah Allahyarham bapanya akan dibawa ke kediamannya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Cheras Perdana sebelum Zuhur.


Pak Ajis yang sebelum ini sering membintangi filem-filem komedi bersama Allahyarham Tan Sri P Ramlee turut diingati melalui penampilannya bersama S Shamsuddin melengkapkan trio yang tak mungkin ada gantinya iaitu siri Bujang Lapok.


Bintang lagenda ini yang dilahirkan pada 8 Ogos 1925 di Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia ini juga pernah menyertai kumpulan pancaragam Pancasitara yang dianggotai oleh P.Ramlee, Normadiah, Aziz Jaafar, Ahmad C dan Kassim Masdor pada awal tahun 1950an.


Allahyarham juga pernah mengarah beberapa buah filem seperti Keluarga Si Comat (1975), Si Badol (1979), Prebet Lapok (1979), Penyamun Tarbus (1980), Da Di Du (1981), Setinggan (1982) dan Darah Satria (1993).


Pada tahun 2007, Allahyarham menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang membawa gelaran Datuk.


Allahyarham Pak Ajis pernah empat kali berkahwin, termasuk bersama seniwati Dayang Sofia yang merupakan isteri keempatnya (bercerai) dan hasil daripada empat perkahwinannya itu beliau telah dikurniakan tujuh orang anak. Allahyarham juga telah berkahwin buat kali kelima pada 16 Disember 2006 dengan Hashimah Delan di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam. – Astro Gempak


::AL-FATIHAH::


Sumber

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.