Selipar Sukan Pilihan Karim

01:47
Selipar Sukan Pilihan Karim. Pada 2 Rejab lepas, tadika tempat aku hantar Karim mengadakan Hari Sukan Tahunan Tadika. Karim terpilih pula untuk menjadi Maskot Hari Sukan dan menyertai Persembahan Kuda Kepang. Acara-acara lain biasanya tadika melibatkan semua murid-murid.

Satu pagi, beberapa hari sebelum sukan tu, Karim mengadu
Nenek, selipar Karim dah sempit. Sakit kaki Karim.
Kesian pulak aku dengar cara dia cakap. Akupun bagitau, Petang nanti kita pergi beli Selipar Sukan Baru ya..

Petang Rabu, 3 Rejab 1435, kami pun pergi ke Reject Shop. Aku bawa Karim cari selipar dekat Kedai Kasut Bata dan minta dia pilih sendiri. Banyak pilihan Selipar Sukan untuk Kanak-kanak di Kedai Bata tu. Pilih punya pilih, mata Karim lekat pada selipar ni.

Selipar Sukan untuk Kanak-kanak Pilihan Karim

Dalam Jiwa aku, Amat teruja, Hebat Selipar Sukan pilihan Karim ni. Striking warnanya. Aku cuba juga minta Karim tengok selipar-selipar lain yang ada, yang dengan warna-warna neutral. Tapi dia kata dia suka selipar yang ni jugak. Akupun taklah nak halang ke apa. Suka hatilah Karim, asal ada selipar dan yang penting joget. Bacaan tambahan Kasut Sukan Pilihan Kawan Karim.


Selipar Sukan untuk Kanak-kanak

Keesokkan paginya, semangat betul Karim nak pergi tadika dengan selipar baru. Awal pagi dah bangun sendiri, tak payah dipujuk-pujuk macam selalu. Tengoklah betapa terujanya Karim dengan Selipar Sukan Barunya.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
randomlyally
AUTHOR
10 May 2014 at 16:59 delete

tuan, saya cuma mahu tuan bagitahu saya yang tuan copy blog peribadi saya. kalau ini tindakan tuan tidak mengapa. harap keluarkan GAMBAR PROFILE SAYA dari blog lucah milik tuan. saya punya keluarga, punya suami dan anak-anak. blog saya adalah untuk mengingati arwah anak saya. jangan fitnah saya.

Reply
avatar
RaimiSyazwan
AUTHOR
11 May 2014 at 20:53 delete

Salam puan.. saya bukan pemilik sebenar glepor.blogspot.com ini. Tetapi saya melakukan setup awal pada blog ini sebelum diserahkan kepada pemilik terkini.

Saya juga telah memaklumkan agar beberapa entry dikeluarkan setelah puan maklumkan mengenai isu copy paste. Didapati entri tersebut kini berada dalam draf. RSS feed blog puan juga telah dikeluarkan dari auto publish yang diaktifkan oleh glepor.blogspot.com

Namun saya tidak pasti mengenai isu gambar profile puan di blog lucah. Agak mustahil pemilik glepor membuka laman baru diluar pengetahuan saya. Saya berharap puan dapat memaklumkan lebih lanjut mengenai perkara tersebut di raimisyazwan@gmail.com

Reply
avatar
Powered by Blogger.