Punca Sebenar Kematian Adik Ammar Arsyad Berusia 6 Bulan Dirumah Pengasuh Di Prisent 9, Terjawab?

10:26
Punca Sebenar Kematian Adik Ammar Arsyad Berusia 6 Bulan Dirumah Pengasuh Di Prisent 9, Terjawab?




Polis mengesahkan bayi lelaki, Ammar Arsyad Ahmad Zafwan berusia enam bulan yang maut ketika berada dalam jagaan pengasuhnya di Presint 9, kelmarin punca adalah akibat jangkitan paru-paru.



Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, siasatan awal juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian berkenaan.



“Bedah siasat di Hospital Putrajaya semalam (kelmarin) mendapati bayi itu meninggal dunia akibat jangkitan kuman di paru-paru. Bagaimanapun, kes ini masih disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak dan mati mengejut.



“Polis belum mendapatkan keterangan penuh daripada pihak pengasuh kerana memerlukan masa untuk bertenang berikutan kejadian ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.



Semalam, akhbar ini melaporkan bayi berusia enam bulan maut dipercayai lemas terbelit selimut di rumah pengasuh di Presint 9 di sini.



Takziah diucapkan kepada ahli keluarga arwah.Sama-sama kita sedekahkan al fatihah buat anak kecil ini, semoga arwah aman dan tenang di sana.. Al Fatihah:-



Sumber






Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.