Mungkin Sudah Terlewat Selamatkan MAS – Najib
PADA masa ini, mungkin sudah terlewat untuk menyelamatkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dalam keadaan prestasinya terkini, iaitu sebagai syarikat penerbangan negara yang sedang berusaha untuk terus bertahan lebih-lebih lagi selepas kehilangan pesawat MH370.
Itu adalah kata-kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam temubual bersama The Wall Street Journal (WSJ) yang disiarkan semalam.
Menurut laporan dari The Malaysian Insider, Najib berkata situasi bankrap dilihat antara pilihan untuk menstrukturkan semula syarikat penerbangan negara itu selepas bertahun-tahun merekodkan kerugian.
“Kita perlu melihat dari semua sudut, mengambil perhatian bahawa Malaysia Airlines adalah syarikat berkaitan kerajaan. Ia bukan sebuah syarikat swasta, jadi terdapat kesan tertentu dalam setiap tindakan terutama dari segi bagaimana penerimaan para pekerja dan orang awam,” kata Najib kepada WSJ.
MAS dalam kenyataan mengumumkan prestasi kewangan suku pertama 2014 semalam berkata, jumlah kerugian bersih meningkat kepada RM443.4 juta pada suku pertama, berbanding kerugian sebanyak RM278.8 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
“Kejadian tragis MH370 memberi kesan dramatik kepada prestasi suku pertama,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia.
Ia menyaksikan jumlah pembatalan dan penurunan dalam penerbangan jarak jauh selepas kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac.
Memandangkan majoriti penumpang dalam penerbangan itu warga China, jualan di negara itu merosot 60%, tambah MAS.
Berikutan pengumuman syarikat penerbangan itu, Reuters melaporkan ia adalah kerugian suku tahunan terburuk MAS sejak Oktober hingga Disember 2011.
MAS kerugian bagi tempoh tiga tahun yang lalu, dilanda kos yang tinggi dan persaingan sengit, kata agensi berita.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata semalam bahawa Putrajaya tidak akan menyelamatkan MAS berikutan prestasi hambar syarikat penerbangan itu.
“Adakah kerajaan Malaysia menawarkan apa-apa bantuan kepada MAS? Tidak,” kata Hishammuddin pada sidang akhbar mengenai penerbangan MH370 di Kuala Lumpur semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya memberitahu WSJ bahawa beliau berpendapat masih ada peluang untuk memulihkan MAS tanpa bantuan kewangan yang mahal atau langkah muflis.
“Kita tahu apa yang perlu dilakukan untuk memulihkan MAS,” katanya.
WSJ melaporkan sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang lain dan perkhidmatan awam, dikuasai Melayu bagi jawatan pengurusan atasan di MAS, dengan orang bukan Melayu lebih suka bekerja di sektor swasta.
Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian memberitahu WSJ bahawa MAS lebih daripada sekadar perniagaan.
“Ia juga berkaitan tujuan sosial dan politik. Ketika ia menghadapi masalah, adalah amat sukar bagi kerajaan untuk bertindak dengan cara komersial,” katanya.
Berita MAS sedang berhadapan dengan kebankrapan mewujudkan satu jurang di kalangan penganalisis dan Kesatuan Sekerja Sistem Penerbangan Malaysia.
Ketua kesatuan itu, Alias Aziz memberitahu WSJ memandangkan MAS adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan, bantuan Putrajaya adalah satu cara untuk menyelamatkannya.
“Kami memerlukan kerajaan untuk membantu kami. Kami perlukan bantuan mereka untuk membantu kami berkhidmat kepada pelanggan kami.
“Kami sebuah syarikat berkaitan kerajaan. Kami berhak mendapat bantuan yang diperlukan,” katanya.
Penganalisis bagaimanapun memberitahu WSJ bahawa MAS memerlukan “jalan keluar yang pahit”, walaupun ia bermaksud membenarkannya bankrap seperti yang dilakukan Japan Airlines beberapa tahun yang lalu.
“Akan ada persoalan di mana kerajaan akan melihat dan bertanya sama ada mereka harus mengisytiharkan kebankrapan.
“Satu-satunya jalan keluar adalah kemusnahan kreatif – menghapuskan syarikat penerbangan itu dan membinanya semula dari awal,” kata Shukor Yusof, bekas seorang penganalisis penerbangan Standard & Poor. – MYNEWSHUB.MY
Sumber

EmoticonEmoticon