15 Lagi Produk Mengandungi DNA Khinzir Dirahsiakan Oleh Kementerian Kesihatan
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempertikaikan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendedahkan keputusan ujian tiga sampel coklat Cadbury hanya selepas tiga bulan analisis itu dilakukan.
Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, keputusan itu juga hanya dimaklumkan secara rasmi selepas maklumat berkenaan bocor dan tersebar luas melalui media sosial dan ia disifatkan sebagai penganiayaan kepada pengguna.
Beliau turut mendakwa, pihaknya dimaklumkan masih terdapat kira-kira 15 produk lain dipercayai mengandungi asid deoksiribonulkleik (DNA) khinzir namun belum didedahkan KKM kepada umum.
“Kenapa baru sekarang maklumat ini didedahkan sedangkan ujian dibuat pada Februari lagi.
Dan jika benar ada 15 produk lain turut mengandungi DNA Khinzir, kenapa masih dirahsiakan?” katanya, semalam.
Sehubungan itu, beliau mendesak supaya Akta Halal yang pernah dicadangkan kerajaan 15 tahun lalu diwujudkan bagi mengendalikan hal seumpama ini, bukannya sekadar bergantung kepada Akta Perihal Dagangan 2011.
“Insya-Allah Selasa ini (esok) kami (PPIM) akan panggil semua NGO (badan bukan kerajaan) Islam untuk bersama menyatakan bantahan serta mengambil tindakan terhadap Cadbury mewakili seluruh umat Islam di Malaysia.
“Ini kerana mereka gagal memastikan produk yang dihasilkan halal walaupun sudah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Kami juga mahu produk Cadbury disita semuanya, bukan hanya yang disahkan ada DNA Khinzir kerana mengikut Akta Makanan 1983 pun, jika ada keraguan boleh sita semua sekali.
Kita tak mahu kelak ada manipulasi untuk tukar pembungkusan atau sebagainya,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Yusof Abdul Rahman meminta pengeluar coklat itu memberikan penjelasan kepada orang ramai mengenai keputusan analisis itu jika mereka tidak tahu mengenainya.
“Isu ini seolah-olah didiamkan.
Jika ujian dilakukan pada Februari, adakah Cadbury juga tidak tahu mengenainya atau mereka mengambil langkah berdiam diri untuk menyelamatkan pasaran? Kami mahukan penjelasan. - My Media Hub
Sumber

EmoticonEmoticon