Wan Azizah pertahan Anwar berhubung isu MH370 SHAH ALAM, 8 APRIL: Buat pertama kalinya selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang semalam, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bangun pada sesi perbahasan mempertahankan suaminya yang juga Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Wan Azizah bertindak demikian bagi menepis dakwaan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) yang mengatakan Anwar cuba memburukkan imej negara ketika ditemubual media antarabangsa berhubung insiden pesawat MH370.
Beliau dalam nada tenang sebaliknya menegaskan Anwar hanya menjawab soalan yang dikemukakan media berhubung fungsi radar yang dibeli kerajaan ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.
“Penasihat Ekonomi pergi ke luar negara kerana dijemput Sky News dan CNN ekoran pemberita antarabangsa tidak mendapat jawapan jelas daripada sidang media yang diadakan pihak kementerian di Malaysia.
“Beliau langsung tidak memburukkan negara sebaliknya hanya menjawab pertanyaan yang dikemukakan dan mempersoal kegunaan sistem radar yang dibeli ketika beliau menjadi Menteri Kewangan untuk mengesan pesawat terbabit,” katanya.
Terdahulu, Anwar dalam temubual bersama media antarabangsa dilaporkan mendakwa kerajaan mempunyai maklumat yang kritikal untuk rakyat memahami misteri kehilangan pesawat MH370.
Anwar menegaskan sekali lagi bahawa sistem radar Malaysia yang dibeli ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri mampu mengesan penerbangan MH370 apabila ia berpatah balik dan terbang melintasi Semenanjung Malaysia.
Beliau juga mengkritik kerajaan kerana tidak bertindak cepat pada peringkat awal dengan membiarkan Vietnam dan China menjalan operasi mencari di kawasan yang salah, di Laut China Selatan.
-NFN-

EmoticonEmoticon