Punca Sebenar Pelakon Wanita Cubaan Bunuh Diri

19:08
Gempar! Apabila seorang Pelakon cuba bunuh diri. Apakah Punca Sebenar Pelakon Wanita Cubaan Bunuh Diri. Seorang pelakon wanita nekad mengelar pergelangan tangan kirinya selepas kecewa kekasihnya mengahwini wanita lain, petang kelmarin.



Seorang pelakon wanita nekad mengelar pergelangan tangan kirinya selepas kecewa kekasihnya mengahwini wanita lain, petang kelmarin.

Difahamkan, Shelin, 29, yang hamil tujuh bulan mengambil keputusan itu selepas tertekan dengan nasibnya dan anak bakal dilahirkan.

Rakannya yang hanya ingin dikenali sebagai John, 50-an berkata, dia segera membawa mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kira-kira jam 4 petang kelmarin, selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.
 
Kawannya ada mengajak Shelin bermalam di Taman Pangkalan kerana bimbang melihat dia bersendirian di rumah.
 
Mangsa murung dan sedih selepas mengetahui bekas kekasihnya sudah melangsungkan perkahwinan di Kuala Lumpur

John berkata, nasib menyebelahi Shelin apabila kecederaan dialaminya tidak serius dan dia dilaporkan stabil.

Mujur kejadian ini cepat disedari kawannya, kalau tidak saya sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku

Shelin yang pernah terbabit dalam penggambaran sebuah telemovie bersama bekas kekasihnya sebelum ini mendakwa ditipu dan pernah diugut lelaki terbabit.

Bekas kekasihnya yang berkhidmat dengan sebuah agensi kerajaan di Kulim, Kedah berjanji mengahwini mangsa namun melarikan diri selepas mengetahui Shelin hamil dan mempunyai bakal isteri lain.
Sumber: SinarHarian

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.