Penculik Tuntut RM 36.4 Juta Keatas Tebusan Warga China?

13:35
Penculik Tuntut RM 36.4 Juta Keatas Tebusan Warga China?
Penculik dua wanita di Singamata Reef Resort, dekat perairan Semporna, Sabah, baru-baru ini sudah menuntut wang tebusan sebanyak 500 juta peso (RM36.4 juta). Bagaimanapun tuntutan wang tebusan itu hanya membabitkan mangsa China manakala tiada tuntutan pada mangsa culik warga Filipina.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya sudah menghantar kumpulan terdiri polis dan perunding untuk berbincang dengan orang tengah kumpulan penculik terbabit. Menurutnya, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) tidak gagal susulan insiden berkenaan sebaliknya mereka menjalankan aktiviti mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.


“Perdana Menteri turut mengadakan mesyuarat bersama ahli majlis keselamatan dan memperkemas aktiviti di zon berkenaan dengan peralatan dan aset perlu dipersiapkan. Dalam usaha ini, kita bekerjasama bukan saja dengan polis dan tentera tetapi Agensi Penguatkuasaan Maritim termasuk kolaborasi dengan angkatan tentera laut Filipina,” katanya.



Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.