Pemandu Bas Ekspres 2 Tingkat Gunakan Dadah Jenis Morfin Semasa Memandu

10:57
Pemandu Bas Ekspres 2 Tingkat Gunakan Dadah Jenis Morfin Semasa Memandu



Pemandu bas ekspres 2 tingkat milik Transnasional yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan 3 penumpangnya maut di KM11 Jangan Bentong-Raub jumaat lalu didakwa di mahkamah bagi tuduhan menggunakan dadah jenis morfin



Wan Khairul Efendi Wan Mustapa, 39, Kubang Kerian, Kelantan bagaimanapun tidak mengaku bersalah.



Tertuduh didakwa menggunakan morfin selepas hasil ujian air kencingnya menunjukkan dia positif menggunakan dadah.



Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.



Dalam kemalangan jam 12.30 malam jumaat lalu, bas ekspres 2 tingkat yang dipandu oleh tertuduh terbalik dan menyebabkan 3 penumpangnya terbunuh, manakala 10 cedera parah dan 55 lagi penumpang cedera ringan.



Sumber : MyMediaHub


Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.