Pelakon Veteran, Sidek Hussain Meninggal Dunia
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون) | Setelah sekian lama menderita akibat ketumbuhan sehingga menjadi kanser pada pipinya, pelakon Sidek Hussain, 63, akhirnya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 11.55 malam Ahad.
Sidek dimasukkan ke HKL pada 22 April lalu apabila keadaan kansernya semakin serius pada tahap empat sehingga komplikasi penyakit itu merebak ke seluruh badan. Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya Sebiah Sulaiman, 61. Sidek yang banyak berlakon dalam drama-drama televisyen tempatan sebelum ini pernah menerima rawatan pakar di Hospital Sungai Buloh tetapi pihak doktor tidak dapat melakukan pembedahan kerana ia berisiko tinggi.
Selain kanser berkenaan, beliau turut mengalami masalah jantung dan paru-paru. Jenazah dibawa ke kampung halamannya di Batu 17 Kuang, Selangor untuk dikebumikan hari ini.
Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang berimam. Al-Fatihah
Sumber

EmoticonEmoticon