Nelydia Senrose Mengaku Babak Mesra Dengan Sharnaaz Ahmad Keterlaluan?

23:20
Nelydia Senrose Mengaku Babak Mesra Dengan Sharnaaz Ahmad Keterlaluan?



Nelydia Senrose Mengaku Babak Mesra Dengan Sharnaaz Ahmad Keterlaluan? - Sebenarnya banyak juga kontroversi yang melanda Nelydia Senrose semenjak membintangi drama bersiri ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ (BKATC). Kontroversi itu turut membabitkan kekasihnya, Qi Razali yang cemburu dengan gandingan Nelydia dalam drama tersebut, Sharnaaz Ahmad. Qi Razali didakwa kurang senang melihat kemesraan Nelydia dan Sharnaaz.



Selepas tayangan akhir drama berkenaan, Nelydia akhirnya membuat pengakuan bahawa sesetengah babak romantis dan mesra yang dia bawakan bersama Sharnaaz dalam drama bersiri itu sememangnya agak keterlaluan. Namun jelasnya, ia perlu dilakukan berdasarkan kepada novel.



“Sejujurnya saya mengaku, ada sesetengah babak-babak romantik saya dengan Sharnaaz jayakan sedikit keterlaluan. tapi semuanya berdasarkan novel. Saya tidak lakukan lebih daripada novel. Namun begitu, kami tahu batasannya dan bersikap profesional sepanjang penggambaran. Semuanya berjalan lancar,” ujar Nelydia dipetik portal GUA.



Nelydia turut memberitahu, Qi tidak menonton drama lakonannya dan begitu juga dengan dia. Mereka juga tidak menonton drama lakonan sendiri. Mungkin untuk mengelakkan timbul rasa kurang senang atau sebagainya.



“Saya tak tahu jika dia ada menonton BKATC. Tapi apa yang saya tahu, sememangnya dia tidak menonton cerita lakonan saya. Begitu juga sebaliknya. Malah, kami berdua pun tidak menonton hasil lakonan sendiri. Masing-masing sibuk dengan penggambaran, Qi sibuk dengan rancangan travelog dan sebagainya, saya pula sibuk di set. Tapi dia seorang yang menyokong dalam apa jua perkara yang saya lakukan,” katanya.



Dalam pada itu, Nelydia meluahkan rasa gembiranya kerana wataknya sebagai Mastura dalam drama tersebut diberi maklumbalas positif oleh peminat dan penonton. Gadis berusia 20 tahun ini juga mendedahkan cabaran dalam membawakan watak Mastura.



“Saya gembira orang ramai bagi maklumbalas positif. Watak ini sangat istimewa kerana ianya lain daripada watak yang saya bawakan sebelum ini. Jika dahulu selalunya saya bawakan watak wanita naif, dalam BKATC saya bawakan watak seorang wanita yang agak ‘daring’, gedik dan manja.



“Cabaran dalam saya menjayakan watak Mastura adalah menerusi cerita ini sendiri. Cerita ini digarap 100 peratus berdasarkan novel. Saya takut orang yang membaca novel BKATC rasa watak yang saya bawakan tak sampai. Jadi saya membaca novel ini dan cuba sehabis baik menggarap watak Mastura sendiri dengan cara saya. Alhamdulillah orang terima,” ujarnya mengakhiri perbualan.



Sumber

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.