Mesti Baca! Wajah jahat Celcom yang sebenar – Luahan Hati Pengguna

14:14
Mesti Baca! Wajah jahat Celcom yang sebenar – Luahan Hati Pengguna




Saya tidak berniat menulis isu ini sehinggalah kejadian beberapa hari ini benar-benar mengugat kesabaran.

Secara sejarahnya, saya mengambil keputusan menukar kepada Celcom sekitar tahun 2004 atau 2005 jika tidak silap saya.



Kira-kira sudah hampir sepuluh tahun atau sedekad lamanya. Salah satu sebab saya bertukar kepada Celcom adalah kerana merasakan inilah syarikat telekomunikasi yang ada wajah Melayu biarpun ia merupakan GLC ketika itu.



Boleh panggil saya “bersifat perkauman” namun itulah faktanya. Ketika rakan-rakan selalu mengkritik perkhidmatan Celcom saya selalu menyatakan bahawa perkhidmatan syarikat lain pun 2×5 sahaja.



Memang ada kebenarannya pandangan saya itu, namun kadang-kadang ia turut dipengaruhi sifat “nasionalis bodoh” saya.



Namun sejak minggu lalu saya sudah hilang kesabaran sehingga menghamburkan perkataan “bangang” kepada Celcom apabila bil telefon saya : 0192210430 mencecah ribuan ringgit tanpa sebarang penjelasan yang munasabah.



Hamburan di facebook tersebut telah dipetik oleh Suara.TV



Kes I: Bil Meningkat Mendadak Dalam Masa Sehari Kejadian bermula pada 28 Mac 2014 apabila saya menerima mesej pada jam 3.20 petang menyatakan bil saya sekarang berjumlah RM 782.12.



Kemudiannya pada hari yang sama pada jam 7.34 malam satu lagi mesej dihantar oleh Celcom menyatakan bil saya telah meningkat kepada RM 963.42.



Akhirnya pada jam 8.08 malam satu lagi mesej dihantar kepada saya menyatakan bil telefon saya sudah meningkat kepada RM 1195.45 dan talian saya terus disekat.



Sumber : suarainsan.net



Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.