Lelaki Pukul Dua Kekasih Dipenjara 12 Bulan
Di Singapura, seorang pemandu lori dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan oleh mahkamah selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan berasingan.
Dalam kes pertama, Mohamad Affindi Mohd Ali, 37, telah memukul bekas kekasihnya pada November 2011 selepas mengesyaki dia curang di belakangnya.
Wanita itu telah ditampar, ditumbuk, ditendang dan dilibas dengan tali pinggang di bahagian belakang tubuhnya hingga menyebabkan lebam dan retak tulang rusuk.
Dalam kes kedua pula, Affindi telah memukul seorang lagi kekasihnya pada waktu itu kerana percaya wanita itu telah menipunya pada September 2013.
Dia bertindak menolak wanita itu hingga jatuh dan menendangnya di tempat letak kereta di Pasir Ris.
Kes ketiga melibatkan perbuatannya merakam video tidak senonoh yang melibatkan rakan sekerja wanitanya.
Hakim menyifatkan ketiga-tiga perbuatan Affindi itu sebagai tidak menghormati wanita dan hukumannya berkuatkuasa semalam.
Sumber: MYNEWSHUB.MY

EmoticonEmoticon