Kerana Cantik Budak 6 Tahun Ini Jadi Jutawan Dan Hidup Mewah

22:08
Kerana Cantik Budak 6 Tahun Ini Jadi Jutawan Dan Hidup Mewah


Biasanya, kanak-kanak perempuan menghabiskan waktunya untuk sekolah, belajar dan bermain dengan rakan-rakannya. Namun budak perempuan ini berbeza, kerana kecantikannya, dia berkali-kali memenangi kontes pertandingan kecantikan kanak-kanak, hingga menjadi jutawan dan menjalani gaya hidup mewah.


Gadis kecil berambut perang ini bernama Isabella Barrett. Usianya baru 6 tahun, tetapi dia sudah mempunyai wang berkat kerja kerasnya. Berkali-kali ia memenangi pertandingan kecantikan sejak usia muda. Kerana hal itu juga, Isabella dinobatkan sebagai jutawan kecil.



"Siapa yang tidak suka menjadi jutawan?, Saya adalah seorang superstar, Saya punya (tanda) perhiasan sendiri dan saya suka jadi bos. Saya tak pernah kehilangan apa-apa dan hampir selalu memenangi pertandingan kecantikan yang saya ikuti. Tetapi apa yang paling saya suka adalah kasut. Saya punya lebih dari 60 pasang kasut ". Itulah kata-kata Isabella yang kami kutip dari akaun media sosialnya.



Melihat kecenderungan Isabella untuk bergaya hidup mewah sejak kecil dan menjadikan kecantikan fizikal sebagai aset, Susanna, ibu Isabella yang memiliki perniagaan perhiasan mengatakan bahawa dia tidak ingin putrinya membesar manja.



Kerana banyaknya wang yang dimiliki Isabella dan rasa percaya diri besar kerana berkali-kali memenangi pertandingan kecantikan, gadis kecil ini menikmati hidup yang benar-benar sangat mewah. Si ibu mengatakan bahawa Isabella akan memilih hotel lima bintang setiap kali perjalanan atau setiap kali mengikuti pertandingan kecantikan.



Dan yang lebih gilanya lagi, Isabella boleh menghabiskan $ 2,200 hanya untuk sekali makan! Dia tak pernah menempah cheseeburger dan kentang goreng seperti makanan yang biasanya di sukai ramai kanak-kanak, melainkan selalu memilih menu mahal seperti steak file mignon atau lobster super.



Sebagai bintang pertandingan kecantikan, Isabella harus mempunyai banyak baju dan pakaian yang bagus. Dia tidak main-main dengan perkara ini, untuk satu pakaian saja, dia boleh menghabiskan $ 10,000.



Melihat banyaknya komen negatif tentang Isabella dan anggapan orang bahawa apa yang dilakukan Isabella merupakan cita-cita orang tua, ibu Isabella mengatakan dirinya bukan orang tua pemaksa, ia hanya membantu Isabella mencapai impiannya. Jika esok dia mengatakan tidak mahu lagi melakukan semua ini, maka semua akan baik-baik saja.






















Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.