Kenyataan Balas Dari Mawar Fareeda Fanpage Isu Tudung Mahal Dan Tidak Mengikut Hukum?

13:20
Kenyataan Balas Dari Mawar Fareeda Fanpage Isu Tudung Mahal Dan Tidak Mengikut Hukum?
Isu rampasan tudung tiruan yang meniru produk keluaran Fareeda nampaknya masih belum reda. Boleh dikatakan masih ramai lagi yang membangkitkan pelbagai isu mengenainya. Ia berikutan ramai yang terkilan dengan tindakan pihak Fareeda dan mengecam tindakan itu sebagai kejam dan sengaja menjejaskan punca pendapatan peniaga kecil.



Seperti kebiasaannya, laman sosial milik Fareeda menjadi sasaran mereka yang masih belum berpuas hati untuk meminta penjelasan dari pihak Tudung Fareeda. Antara yang menjadi tumpuan adalah Mawar Fareeda Fanpage (MFF) yang menerima banyak kritikan dan komen pedas dari pelbagai lapisan pengguna media sosial.


Selain membangkitkan isu rampasan berkenaan, ada antara mereka yang mempersoalkan harga tudung-tudung keluaran Fareeda yang dianggap mahal dan sukar untuk dibeli. Salah seorang peminat tudung fareeda iaitu Nurkamisah Sharil telah memuatnaik satu komen di facebook yang mencadangkan agar pihak pengurusan fareeda menghasilkan tudung yang murah.




Cadangan itu bagaimanapun telah dibidas oleh admin page berkenaan atau mungkin dari isteri Fizo Omar iaitu Mawar Abdul Karim dengan mengatakan kalau mahu berfesyen kena tengok kemampuan diri. Katanya lagi, Fareeda juga turut menjual scarves yang murah di mana harganya di bawah RM100.





Sementara itu, Fit Furqan pula memberi pandangan mengenai pengeluaran tudung mengikut hukum. Beliau berpendapat ia akan lebih diberkati dan mungkin akan mendapat sambutan menggalakkan. Pihak MFF pula membalas kenyataan itu dengan menyatakan pihaknya kini memang sudah ada tudung yang labuh namun kuasa membeli atau memilih terletak ditangan pembeli.



Sumber


Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.