Berita sedih! Dugaan hidup seorang selebriti yang juga seorang Ibu. Anak lelaki Linda Rafar disahkan hidap penyakit ketumbuhan kronik. Tabah dan banyaklah berdoa. Sakitnya Seorang Muslim adalah penyuci dosa. Warna Kehidupan Doa ketika Sedih Duka Nestapa.
Pelakon terkenal diuji Dugaan Hebat apabila anak kedua Linda Rafar iaitu Rezaiman Keiflin, 12, disahkan menghidap ketumbuhan kronik dalam perut dan kini perlu menjalani rawatan untuk mengelak ia merebak.
Rezaiman yang sebelum ini terlantar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras selama tiga minggu kini menerima rawatan lanjut di rumah.
Memetik kenyataan Linda kepada laman web Astro Gempak, dia berterima kasih kepada bantuan yang diberikan kepada keluarganya namun pada masa sama berasa malu dan risau jika ada yang menyangka dia cuba mengambil kesempatan menggunakan alasan anak.
Terus terang saya katakan, setiap bantuan yang kami sekeluarga terima saya terus masukkan dalam akaun Rezaiman dan terus fikir jalan alternatif lain untuk bantu lawan penyakit anak saya.
EmoticonEmoticon