Al-Fatihah, Pelajar MRSM Dipanah Petir Meninggal Dunia
Johan Jasmin, 13, pelajar tingkatan satu MRSM yang dipanah petir di padang sekolahnya, Ayer Paabas, Alor Gajah petang kelmarin dilaporkan meninggal dunia.
Johan disahkan meninggal dunia di ICU Hospital Melaka pada jam 3.50 petang semalam selepas dilaporkan berada dalam keadaan yang kritikal.
Pada hari kejadian jam 6 petang, Johan yang berasal dari Shah Alam bersama sekumpulan pelajar yang lain dikatakan sedang berjalan masuk ke bangunan asrama sebelum tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri dipercayai dipanah petir.
Ekoran dari kejadian itu, Johan serta merta dihantar oleh seorang guru penyelia ke Hospital ALor Gajah sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Terbaca mengenai kejadian ini semalam, tak sangka hari ini, adik ini dah tak ada. Takziah kepada keluarganya, semoga tabah dengan dugaan-Nya. Al-fatihah
Sumber : My Media Hub
EmoticonEmoticon