Kenapa Ustaz Darul Manzil tutup akaun Facebooknya

19:35
Kenapa Ustaz Darul Manzil tutup akaun Facebooknya. Apakah Punca Sebenar Ustaz Mimpi tidak mahu bersosial di Laman Facebook lagi. Tidak mungkin Ustaz Darul Manzil kena Penyakit Susah Tidur (Insomnia) dan tidak berpeluang untuk meneruskan episod-episod mimpi MH370 lagi. Pastinya akan timbul spekulasi liar selepas ini. Ah, Ni bukan betul-betul kan ustaz, ini semua mimpi aje kan..


Punca sebenar Ustaz Darul Manzil tutup akaun Facebook

Susulan penyebaran secara meluas artikel tulisan Ustaz Darul Manzil berhubung Dua Kisah Mimpinya mengenai Pesawat MH370 yang dipost sendiri olehnya di akaun Facebook pribadinya. Berlakunya kejutan budaya lalu beliau bertindak menutup akaun tersebut. Rujuk Koleksi Ustaz Mimpi di Mimpi MH370 Ustaz Darul Manzil Siri 1 dan Mimpi MH370 Ustaz Darul Manzil Siri 2.

Kenyataan Ustaz Darul Manzil mengenai Facebook pribadinya

Berikut ialah kenyataan panjang lebar Ustaz Darul Manzil yang ditinggalkan dalam akaun Facebooknya bagi menjawab dakwaan dirinya sengaja mencari publisiti. Adoyai Ustaz, jangan take personal sangat.. ramai yang ternanti-nanti ustaz keluarkan Kisah Mimpi MH370 Ustaz Darul Manzil Siri 3 tu. Diharap Ustaz Darul Manzil teruskan Bermimpi kerana di dunia yang terbentang luas ini, pasti ada yang mempercayai mimpi-mimpi ustaz. Pray For Mimpi MH370 Ustaz Darul Manzil.


Tindakan itu dibuat disebabkan ramai penggiat laman sosial menyelar dan mengutuk cerita mimpi yang dikongsikannya. Mereka mendakwa mimpi tersebut sepatutnya tidak disiarkan kerana mereka yakin cerita mimpi Ustaz Darul hanya rekaan semata-mata.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.