“Degree Houswife..” Ya Aku Ada Degree Dan Aku Suri Rumah Sepenuh Masa

22:59 0
“Degree Houswife..” Ya Aku Ada Degree Dan Aku Suri Rumah Sepenuh Masa merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri “Degree Houswife..” Ya Aku Ada Degree Dan Aku Suri Rumah Sepenuh Masa.


Setiap orang yang melalui alam perkahwinan ada perjalanan hidup masing-masing. Setiap pasangan suami isteri selalunya akan berbincang untuk menentukan haluan kehidupan mereka bersama.

Zaman kini memang sudah biasa suami isteri bekerja mencari nafkah. Tetapi sudah tentu ada juga yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa walapun mempunyai pelajaran yang baik.

Jom baca kisah seorang isteri yang mempunyai ‘degree’ namun memilih untuk menjadi houswife.

Ini kisahnya:

ADA DEGREE

Assalamualaikum.

sebenarnya luahan aku ni biasa je dalam kalangan masyarakat dalam dunia ni. Tapi aku nak cerita jugak supaya bg orang sedar the reality of life.
Aku Ain (bukan nama sebenar) umur baru 27 tahun dan dah 2 tahun kahwin. And aku jugak degree students dekat UM, grad tahun 2012. Dan pernah kerja di Petronas MTBE Gebeng, Kuantan selama 2 tahun masa bujang as a secretary.

BERHENTI LEPAS KAHWIN

So lepas aku kahwin aku decide nak berhenti kerja and ikut suami aku balik Gombak sebab dia and family org Gombak. Bos aku tak bagi sbb dia cakap skrg peluang kerja payah. Besides, beliau suruh bakal suami aku waktu tu jadi weekend husband macam dia. Tapi aku bertekad berhenti jugak. Sebab bagi aku apa guna kahwin kalau duduk jauh. Kedudukan isteri paling baik adalah di samping suami. Aku pikir kerja tu biarlah. Lepas kahwin nnt aku pun boleh cari. Kalau kerja jauh jauh pun sampai bila. One day still kena berhenti jugak sbb takkan suami aku kena kerja Kuantan pulak.

IBU BAPA RISAU

So kami kahwin. And aku officially jadi HOUSEWIFE. Mulanya mak bapak mertua aku ada sound suami aku. “Taknak ke suruh Ain tu kerja?” “Tak susah ke kamu kerja sorang?” “Cukup ke duit belanja kamu hari hari?” “Ada degree sayang la x guna” and so onnn. Yes! Old people mindset. Jawapan suami aku mudah je. “Biarlah dia taknak kerja. Rezeki Allah tu tetap ada. Bukannya tak elok dia tak kerja.” (Huuuu i love you huband).

Semua suami aku cerita lepas tu sbb dia taknak aku dengar. Masa tu rasa bersalah tuhan saja yg tahu. Rasa mcm time tu jugak aku nk pegi update resume mintak keje mana2. Haha. Tp suami aku bijak. Pandai pujuk hati aku yg sedih. Mak aku sendiri pun bising aku tak kerja. Aku tahu niat dia baik. Dia taknak anak dia ni menyusahkan orang. Asyik makan hak orang je. Tapi aku ckp kat mak aku, aku mmg takde hati nak kerja. Aku suka duduk rumah dan jd isteri yg baik. So what can they say.

PANDANGAN ORANG SEKELILING

Tp masalah org sekeliling lah. Sepupu sepapat, kawan, aunty india sebelah rumah, tukang cuci toilet, masyarakat pribumi, ahli jkkk kampung, baik belah aku dan suami sama jesemua. sibukkk sangat dok condemn aku jd housewife degree. Siap berubah riak muka lg. Serius aku tersentap dan terasa hati. Aku tak terfikir jd mcm ni masa nk brenti kerja dulu. Apa hina sangat ke aku tak kerja? Teruk sangat ke wanita sekarang duduk rumah aje? Came on lah. Allah tak marah pun kau jadi housewife. Tu kerja mulia.

Lepas tu n sampai la sekarang ni mak ayah mentua and mak aku takde dah nak mempersoalkan aku yg x kerja. Sebabnya sekarang aku jd tailor. Duduk rumah ada tempahan org jahit baju so aku jahit. Yes dari aku belajar kt UM lg aku dh pandai menjahit.

ADA RASA IRI HATI

Tapi aku la pulak, tengok kawan2 dlm FB semua berkerjaya ada jugak rasa iri hati. Tapi seriously, bila dapat tengok wajah suami aku balik kerja n aku pulak dapat sambut dia, dia pun hari2 x pernah lupa peluk aku, pastu tengok makanan dah siap atas meja habis hilang perasaan iri hati tu. Ye betul tu semua kerja iblis setan la nk bg kita sedih, dengki bagai.

Suami aku pulak paling aku tabik dalam dunia ni. Dia lagi la. Pegawai kerajaan. kawan keliling pinggang dok tanya wife kerja apa. And dia konfidennya jawab aku housewife. Aku ada tanya dia tak menyesal ke kahwin dgn housewife. Dia cakap tak. Bagi dia buat apa kerja dgn gaji ciput, pastu kerja tah apa2. Ulang alik kerja jauh pulak. Pegi siang balik malam pastu kerja rumah terbengkalai. Dunia sekarang bukan macam dulu. Hectic lain macam. Dia taknak macam tu. Aku salute dia. Dia hormat keputusan aku n at the same time dia tahu apa yg dia nak.

SEMUA CUKUP

And paling penting aku dengan suami sampai sekarang makan pakai cukup. Dia siap boleh belanja aku beli jubah jubah mahal. Yelaaa Gaji org keje gomen gred 41 berapa la sangat dgn cengkaman kos sara diri sekarang.

Aku tahu dalam hati dia pun mesti susah hati aku tak kerja. Susah hati aku dok sorang kt rumah. Cuma dia je yg x cakap. Anak pun takde lg nak buat teman.

Suami cakap hari ke hari aku jd makin x suka keluar rumah. Aku pun sedar. Kawan2 masa uni pun aku tak contact. Aku jd anti-sosial. Yes tu adalah kesan jd housewife ye.

Pada korang yg sukakan kehidupan yg hectic, sibuk, mencabar penuh onak duri; housewife job is not for you. Kawan aku suami je. Ke hulu ke hilir dia je aku ada. Aku ada mintak kerja. Tp belum ada rezeki. Tp aku x kesah pun kalau x dapat sebab bagi aku serve suami lagi penting dari segalanya. Tu syurga aku lepas Allah.

MORAL OF THE STORY

So moral of the story, nak cakap dekat semua, memang tak semua benda yg kita rancang kita akan dapat. Kun fayakun. Aku lepaskan career aku tapi aku dapat suami yg MasyaAllah sangat baik dan supportive. Kami cuma bergantung pada rezeki Allah. Sebab tula aku rasa kewangan kami yela ada masa2 dia kering jugak. Tp most of the time rezeki kami tak pernah sempit. aku dulu ada impian nak kerja lagi best sbb yela kerja petronas gaji sedap.

Verangan nak up lg kerja lain. Tup tup lain jadinya bila kahwin. Tapi takdir Allah tetapkan, sapa la kita nak tolak. Semuanya bersebab. So Org luar tolong la jangan tanya kenapa kawan korang ada degree tp jd housewife. Benda tu menyedihkan. And sensetif. Kalau dengar ckp housewife please sokong cakap benda baik2.

Terima kasih kerana membaca.

*suami cakap kawan dia berlambak wife dorang yg kerja best2 belajar tinggi2 pun akhirnya pilih jadi housewife jugak. Apa apa pun, majulah housewife untuk masa depan rumah tangga yang bahagia. Sekian. – Puan Jelita 

Sumber: IIUM Confession

#Infokini di “Degree Houswife..” Ya Aku Ada Degree Dan Aku Suri Rumah Sepenuh Masa

Ramai Suami Sekarang Yang Buat-Buat Lupa Bab Nafkah Isteri

22:04 0
Ramai Suami Sekarang Yang Buat-Buat Lupa Bab Nafkah Isteri merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Ramai Suami Sekarang Yang Buat-Buat Lupa Bab Nafkah Isteri.


Ada sesetengah suami, dapat isteri yang bekerja or bergaji lebih, lupa or buat-buat lupa menunaikan hak isteri. Yelah, isteri dah berduit sendiri, pada dia tak perlu diberi duit. Salah tu…. Perlu diingatkan walaupun isteri bekerja, suami tetap wajib beri nafkah pada isteri, walau cuma RM50 sebulan (untuk kegunaan isteri, bukan untuk beli barang dapur, ya…). Isteri berhak menuntutnya nafkah zahir ini, dan jika suami ingkar, isteri boleh mengadu atau buat laporan… (bukan utk bercerai, ya…. tapi mengadu yang suami gagal beri nafkah pada isteri).

Suami juga tiada hak atas duit isteri. Jika dia menggunakan duit isteri tanpa izinnya (atau tanpa rela), haram hukumnya. Kalau masa berbelanja barangan dapur atau keperluan lain, jika suami ckp “guna duit awak dululah, nanti abang ganti.”…. suami wajib ganti sebab itu dah jatuh hutang, unless si isteri menghalalkan. Jangan pandang remeh soal nafkah, kerana ia melibatkan dosa pahala.

Hidup suami isteri kena ada give & take… Tapi saya perhati kebanyakkan kepincangan rumahtangga berpunca dari soal nafkah zahir & batin. Kenalah ingat, jika isteri gunakan duitnya untuk perbelanjaan keluarga, isteri itu dapat pahala sedekah, tapi tidaklah bermakna suami boleh lepas tangan kerana nafkah zahir tetap tanggungjawab suami.

Sesungguhnya tanggungjawab suami amat berat. Jika suami gagal menunaikan nafkah dan jika terdetik di dalam hati yang saya tidak redha dengan apa yang berlaku, automatically dah jatuh berdosa. Sebagai isteri yg diizinkan bekerja, saya bantulah apa yang patut untuk meringankan beban suami.

Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri ini berdasarkan perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 233)

Firman Allah yang bermaksud: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan orang yang disempitkan rezekinya maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”

Ayat itu menjelaskan suami wajib menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk isteri secukupnya, berdasarkan kemampuan tanpa lokek atau berlebih-lebihan. Jika suami tidak menjalankan tanggungjawabnya atau nafkah yang diberi tidak mencukupi sedangkan dia mampu maka isteri boleh mengambil daripada harta suami dengan cara yang makruf walaupun dia tidak mengetahuinya.

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Hindun binti Utbah, isteri Abu Sufyan mengadu kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan seorang yang kedekut. Dia tidak memberi nafkah kepadaku dan anakku kecuali apa yang aku ambil dari hartanya tanpa pengetahuannya. Baginda menjawab: Ambillah apa yang mencukupi untukmu dan anakmu dengan cara yang makruf.”

Pemberian nafkah boleh dilakukan dengan cara suami menyediakan segala yang diperlukan isteri dan anaknya atau suami memberikan wang kepada isteri untuk membeli keperluannya. Jika suami sudah sediakan nafkah wajib ke atasnya, wang tidak perlu diberikan lagi.


#Infokini di Ramai Suami Sekarang Yang Buat-Buat Lupa Bab Nafkah Isteri

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Terkini Bagi Bulan Oktober 2016

21:39 0
Harga Minyak Petrol Dan Diesel Terkini Bagi Bulan Oktober 2016 merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Harga Minyak Petrol Dan Diesel Terkini Bagi Bulan Oktober 2016.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memaklumkan bahawa notis pemberitahuan perubahan harga petrol dan diesel hanya akan dimaklumkan kepada pengusaha minyak pada setiap hujung bulan.

Berikut adalah Harga Bagi Minyak Petrol Dan Diesel Oktober 2016

Berkuatkuasa mulai dari pukul 12.01 minit pada hari Sabtu, 1 Oktober 2016, Harga Minyak Petrol Diesel Terkini Oktober 2016 adalah seperti berikut.

RON95 : * Naik 10 sen ke RM1.80 (RM1.70 seliter)
RON97 : * Naik 10 sen ke RM2.15 (RM2.05 seliter termasuk GST)
DIESEL : * Naik 5 sen ke RM1.75 (RM1.70 seliter)
EURO 5 : * Naik 5 sen ke RM1.85 (RM1.80 seliter)

Harga dalam kurungan ( ) adalah harga bulan September 2016.

Harga minyak petrol untuk bulan Oktober 2016 naik 10 sen manakala diesel naik 5 sen.  #Infokini di Harga Minyak Petrol Dan Diesel Terkini Bagi Bulan Oktober 2016

'Sahabatku, Maduku' - Isteri Lamar Sahabat Untuk Dijadikan Sebagai Isteri Kedua Suami

20:05 0
'Sahabatku, Maduku' - Isteri Lamar Sahabat Untuk Dijadikan Sebagai Isteri Kedua Suami merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 'Sahabatku, Maduku' - Isteri Lamar Sahabat Untuk Dijadikan Sebagai Isteri Kedua Suami.


KUALA LUMPUR - Atas dasar kasih dan sayang terhadap seorang sahabat yang dianggapnya sebagai kakak, ahli perniagaan, Ida Nirwana Marzuki, mengambil keputusan untuk merisik dan meminang wanita itu sebagai madunya, lapor Harian Metro

Ida, 26, berkata, madunya, Norinie Rahmad, 35, yang juga anak yatim piatu disifatkannya sebagai pilihan terbaik untuk berkongsi kasih dengan suaminya. Malah, Ida sendiri memujuk suaminya, Nurul Hakim Mohd Kusaini, 32, untuk menerima Norinie sebagai isteri kedua. 

"Pada awalnya suami agak keberatan kerana tidak pernah berhasrat untuk berkahwin dua selain tidak mempunyai apa-apa perasaan dan menganggap Norinie sebagai rakan niaga. 

"Suami memaklumkan agar dia diberi masa untuk berfikir. Dalam tempoh itu juga, hampir setiap hari saya memujuknya dengan memberitahu semua itu untuk menghalalkan hubungan, mengelak menjadi fitnah orang lain dan rasa tanggungjawab sebagai seorang sahabat," katanya kepada Harian Metro

Namun suami akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan rakannya itu dan dia amat bersyukur dengan keputusan suaminya. 

"Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Daripada merisik, bertunang sehinggalah ke majlis akad nikah diadakan semalam jam 11 pagi di Masjid As-Syakirin, Desa Petaling dan dihadiri oleh keluarga terdekat serta saudara mara," katanya. 




Menurut Ida, keluarganya juga menerima baik dan tiada sebarang masalah yang timbul. Malah anak lelakinya yang berusia tiga tahun juga rapat dan manja dengan madunya sehingga memanggilnya sebagai 'Didi'. 

"Kami bercadang untuk tinggal serumah iaitu di kediaman saya dan suami di Taman Permaisuri, Cheras, dalam masa terdekat ini," katanya. 



Difahamkan, Ida mengenali Norinie sejak awal Mei tahun lalu ketika menghadiri kursus yang menawarkan perundingan imej di sebuah hotel di ibu negara. Sejak dari itu, mereka rapat malah mereka bertiga pernah keluar bersama. 

"Selain menjadi rakan perniagaan, hubungan itu semakin rapat, bukan hanya sekadar sahabat tetapi seperti kakak saya sendiri. Sepanjang tempoh lebih setahun ini, kami turut berkongsi mengenai kehidupan masing-masing. Apatah lagi saya juga sudah berpindah ke Cheras, berdekatan dengan kediaman madu. Jadi hampir setiap hari kami meluangkan masa bersama," katanya. 

Norinie baru saja kehilangan ibunya pada Mei 2016, selain adik beradiknya yang lain sudah membawa haluan masing-masing setelah berkahwin. 

Dari situ, timbullah rasa simpati Ida memandangkan Norinie hidup seorang diri di ibu kota, menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menjadikan sahabatnya itu sebagai madu. 

Ida menjelaskan, dia mengambil masa selama dua bulan lebih untuk melamarnya dan tiada sedikit pun perasaan sedih. Malah dia teruju kerana apa yang dilakukannya itu sememangnya di atas kerelaan hati. 

"Walaupun ada wanita yang memandang poligami secara negatif, saya kini semakin bahagia biarpun terpaksa berkongsi kasih," katanya. 

Sumber: The Reporter


#Infokini di 'Sahabatku, Maduku' - Isteri Lamar Sahabat Untuk Dijadikan Sebagai Isteri Kedua Suami

6 Kesan Buruk Untuk Korang Yang Suka Berlapar Sebab Nak Kurus

19:54 0
6 Kesan Buruk Untuk Korang Yang Suka Berlapar Sebab Nak Kurus merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 6 Kesan Buruk Untuk Korang Yang Suka Berlapar Sebab Nak Kurus.


Nak kurus macam mana sekalipun, jangan lah sampai berlapar. Tabiat tersebut sangat bahaya dan boleh memudaratkan kesihatan korang. Berikut merupakan 6 akibat buruk untuk korang yang suka berlapar untuk diet!

1. Fikiran Lesu & Keliru

Ya, fikiran akan jadi lemah disebabkan badan kita tak cukup tenaga. Jika glukosa dalam badan rendah, fikiran akan jadi tak betul dan akan jejaskan tumpuan serta mood kita.

2. Cepat Marah

kalau lapar, mood manusia akan jadi tak menentu. Salah satunya, akan cepat melenting

3. Kuat Makan

Kalau tak makan ikut waktu sepatutnya, kajian mendapati seseorang akan lebih terdorong untuk makan lebih banyak.  Selain itu, anda akan lebih cenderung untuk makan makanan yang lebih kalori.

4. Tinggalkan senaman

Bila berlapar, tubuh akan jadi tak bermaya. Bila dah lemah, nak bersenam pun rasa malas. Jadi apa guna diet tanpa bersenam kan.

5. Seluar lebih ketat

Tahukah anda berlapar sangat tak bagus sebab badan anda ada sejenis homon yang mendorong pembentukan lemak. Jadi, ia membuatkan badan jadi lebih gemuk.

6. Mulut Berbau

Katone dalam hati akan terhasil sebagai sumber tenaga ketika gula dalam badan kurang. Jadi, apabila badan korang kurang tenaga, proses ini akan menghasilkan nafas berbau .

Kredit: ERA fm

#Infokini di 6 Kesan Buruk Untuk Korang Yang Suka Berlapar Sebab Nak Kurus
Salaf

Salaf

17:47 0
Salaf Salaf adalah Entri ulangsiar dari Laman Kangkung! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Salaf membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Salaf

Salaf

*
Salaf ialah nama “zaman” iaitu merujuk kepada golongan ulama yang hidup antara kurun zaman kerasulan Nabi Muhammad hingga tahun 300 HIJRAH. (Tahun 1H - 300H).

1) Golongan generasi pertama dari 300 tahun hijrah disebut “Sahabat” kerana mereka pernah bertemu Nabi.

2) Golongan generasi kedua pula disebut “Tabi’in” iaitu golongan yang pernah bertemu Sahabat tapi tak pernah bertemu Nabi.

3) Golongan generasi ketiga disebut sebagai “Tabi’ tabi’in” iaitu golongan yang tidak pernah bertemu Nabi dan sahabat tapi bertemu dengan tabi’in.

Jadi Imam Abu hanifah (pengasas mazhab Hanafi) merupakan murid Sahabat nabi maka beliau seorang TABI’IN.

Imam Malik, Imam Syafie, Imam Hanbali, Imam Asy’ari pula berguru dengan tabi’in maka mereka adalah golongan TABI’ TABI’IN.

Jadi kesemua Imam-Imam yang mulia ini merupakan golongan SALAF YANG SEBENARNYA dan pengikut mazhab mereka lah yang paling layak digelar sebagai “Salafi” karena “salafi” bermaksud “pengikut golongan SALAF”.

Alhamdulillah kita yang masih berpegang kepada mazhab Syafie yang merupakan mazhab SALAF yang SEBENARNYA.

*

Salaf ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Kangkung merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Lenggang Kangkung iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark Salaf and get update.

"See The Unseen", Gambar Wartawan Melawat Kubur Lama Tarik perhatian Netizen, Ada Dakwa Nampak Banyak Makhluk Ghaib Dalam Gambar

12:29 0
"See The Unseen", Gambar Wartawan Melawat Kubur Lama Tarik perhatian Netizen, Ada Dakwa Nampak Banyak Makhluk Ghaib Dalam Gambar merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri "See The Unseen", Gambar Wartawan Melawat Kubur Lama Tarik perhatian Netizen, Ada Dakwa Nampak Banyak Makhluk Ghaib Dalam Gambar.


Sejak beberapa hari lalu seorang wartawan bernama Zaliha Hassan telah memuatnaik beberapa keping gambar yang melawat sebuah kubur lama di dalam hutan di mana dengan tajuk "See The Unseen".

Beliau mendakwa di dalam gambarnya yang diambil oleh seorang kakitangan muzium Labuan itu terdapat kelibat yang agak asing tidak semua orang boleh lihat.

Berikut adalah tulisan beliau bersama gambar


"SEE THE UNSEEN"

Malam tadi sembang lama bersama rakan yang sudah awal menyedari "see the unseen" pada enam keping gambar saya ini.

Sejujurnya tidak semua orang ada kelebihan "see the unseen" di dalam gambar~gambar yang dirakam oleh salah seorang kakitangan Jabatan Muzium WP Labuan, ketika menemani saya melengkapkan kerja penyelidikan di kawasan berhampiran lokasi kubur lama ini ditemui.

Tugasan penyelidikan saya sudah lama berakhir. Tetapi rupanya dalam ertikata sebenar, tugasan saya belum lagi berakhir dan selesai.

Ada satu lagi "tanggungjawab dan amanah" yang jauh lebih besar menanti untuk dilunaskan dengan sesempurna mungkin oleh saya yang juga membabitkan Jabatan Muzium WP Labuan. 

Tugas menyempurnakan "tanggungjawab dan amanah" tersebut juga melibatkan beberapa pihak lain yang lebih arif mengenai hal~hal yang diluar kebolehan saya.

Himpunan gambar ini "cahaya" kepada saya. Selama ini, saya tidak menyedari sedang menggalas satu lagi "tanggungjawab dan amanah" yang terlalu besar.

AllahuAkhbar...Besarnya Kuasa Allah yang memperlihatkan kepada saya "see the unseen" melalui rakaman gambar ini. Alhamdulilah!!!

Sejujurnya kelewatan melunaskan "tanggungjawab dan amanah" tersebut bukan disengajakan tetapi akibat kekihlafan diri yang sebenarnya saya sendiri tidak sedari.

Semoga di hari Jummat yang penuh keberkatan dan penghulu pada segala hari ini, saya terus diberikan kekuatan untuk melunaskan "tanggungjawab dan amanah" dengan segala kesempurnaan dan kemuliaan.






Gambar ini menjadi bualan netizen apabila ada yang menyatakan mereka nampak kelibat di dalam gambar ini dan ada yang mengatakan tidak nampak apa-apa.

Faidzan Haslinda Hasbollah berkata "Saya nampak ia di samping puan setiap masa dan lagi tinggi dari puan, betul ke?"

Dido Jungle berkata "Kat belakang Zaliha Hassan macam-macam ada...hihihi..tak mampu nak diluah dengan kata-kata .." sambil menujuk gambar ini


Fadil Zahan "Macam org atas dahan pokok tu..memerhati kitak..dan sebelah ya macam muka orang dengan Mata yang terbeliak..N mulutnya muncung" sambil merujuk gambar di bawah


Kata Zaza Zizi Zuzu pula "cahaya lutsinar berdiri tinggi di sebelah kanan puan di setiap gambar ada"
katanya yang menyatakan ada lembaga lut sinar berada disebelah wartawan berkenaan disetiap gambar dan ianya diakui oleh Puan Zaliha Hassan.

"Yup...benar...ada yang cuba 'mendekati' tapi 'tak dapat rapat' dengan kamek(kami). Terpaksa la sidak(mereka) tanggar(lihat) dari jauh jak...tunjuk muka protes kedak(macam) ya. Nampak cahaya lutsinar putih pada semua gambar kamek? Semua cahaya lutsinar ya sentiasa dekat2 jak dengan kamek," tulis beliau mengakui.

Nur Syakilla Amerra pula telah berkata "kamek tunjuk ngan(dengan) mak kamek tok(itu) yang mak kamek lukisnya tgga(dalam) dekat salah satu gambar," di mana katanya dia telah menunjuka gambar kepada ibunya dan ibunya melukis makhluk apa yang dia nampak seperti dibawah


lukisan berdasarkan gambar di bawah.


Berikut adalah gambar yang dikongsikan oleh netizen, apa mereka nampak.










Puan menunjukkan sekeping gambar batu nisan yang tertera seperti gambar dibawah.


Ada pula netizen yang menyatakan tidak nampak apa-apa, Puan Zaliha menajawab "belum sampai tahap penglihatan anda. Ada yang tersembunyi.."

Selain itu ada netizen menyatakan apa yang dilihat hanya ilustrasi apabila berada di dalam hutan kerana bentuk-bantuk daun yang banyak menyebabkan minda dapat membayangkan sesuatu yang tidak wujud.

Apapun, untuk percaya atau tidak, pembaca boleh nilaikan sendiri sebab makin lama admin tenung cari 'kelibat' dikatakan meremang pula bulu roma. 

Kredit: Siakapkeli.my

#Infokini di "See The Unseen", Gambar Wartawan Melawat Kubur Lama Tarik perhatian Netizen, Ada Dakwa Nampak Banyak Makhluk Ghaib Dalam Gambar

"Penggunaan Wet Tissue Dengan Salah & Memudaratkan Kesihatan Bayi," Ibu Muda Ini Kongsi Apa Terjadi kepada Anaknya

08:09 0
"Penggunaan Wet Tissue Dengan Salah & Memudaratkan Kesihatan Bayi," Ibu Muda Ini Kongsi Apa Terjadi kepada Anaknya merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri "Penggunaan Wet Tissue Dengan Salah & Memudaratkan Kesihatan Bayi," Ibu Muda Ini Kongsi Apa Terjadi kepada Anaknya.


Bayi yang baru dilahirkan sudah pasti kita ketahui agak lemah antibodi da ketahanan, setiap bayi mempunyai tahap ketahanan badan tidak sama dengan bayi lain.

Ketika ini mereka mudah terdedah kepada jangkitan seperti kuning, ruam dan sebagainya, namun, apa yang dikongsikan kali ini pula adalah cara penjagaan bayi yang sering orang ramai lakukan, iaitu membasuh najis bayi mengunakan tisu basah.

Kenapa dengan menggunakan tisu basah? bahaya ker? jom kita baca pengalaman ibu ini yang dikongsikan oleh page Info Ibu Hamil .

Assalamualaikum admin hari ni sy nak share pengalaman sy..ni anak sy yg pertama..umur dah 2 bulan 9 hari..baby boy..anak sy ditahan wad dah 2 hari kerana kencing kotor berpunca dari wet tissue..

Saya: Doktor..macamman anak saya boleh kena kencing kotor?? Berpunca pada mase saya pregnant kan dye ke?? Sebab masa saya pregnant kan dye saya ada kne kencing kotor sekali tapi xde makan ubat..then next apointment da xde dah kencing kotor saya tu..

Doktor pakar: Bukan puan..sebenarnya berpunca dari ibu2 mengunakan wet tissue masa bersih kan najis baby..

Saya: Wet tissue??? Wet tissue kn mmg khas untuk baby?? Maaf ye bagi saya macam x masuk akal je?? Saya siap pakai jenis untuk sensitif skin yg ade vitamin E dan aloe vera lagi..xkan lah itu puncanya??

Doktor pakar: Ye puan..puan dengar memang macam x masuk akal taip itu lah hakikatnya dan kesilapan ibu2 kite skarang ni..jarang kes macam ni berlaku..sebab dye tengok pd antibody baby dan juga pada masa umur berapa start guna kan wet tissue tu..kegunaan wet tissue ni x elok sbenarnya..

1. Wet tissue mengandungi banyak cemical.

2. Kita tak tahu sama ade wet tissue ni bersih atau tidak kerana dye buat dari kilang..kita x tau macam mana proses wet tissue ni..

3. Puan juga bley tgk pd wet tissue punya MFG date dan EXP date..contoh kalo dye buat 2016 tp tahan smpai 2019..so kuman yg ade pd wet tissue tu kte x tau brape bnyk yg trdedah di kilang mase dye pack tissue ni..so germs yg ade dah terperap sgt lama pd tissue tu..dan bwk pd baby..

Kes mcm ni memang jarang dgr..tapi jika puan gunakan wet tissue mase bersihkan najis baby mmg sangat tak bagus kerana kuman x hilang lagi pade kemaluan baby..ye puan nmpk bersih bila najis dah xde..tp kuman masih ade..lepas tu puan pakai kn dye pampers dan kuman dari wet tissue dan kuman najis tu dah terperap dekat pampers baru baby mase pakaikan dye..

Jadi bila baby kencing, kuman tu boleh merebak dalam kemaluan baby ye..sebab bila pampers lencun baru puan tukar..sebernarnye x bagus juga pakai pampers ni sebab tu org dulu2 dye pakai lampin dan cuci najis baby dgn air yang mengalir..bukan saya kata pampers x bole pakai still bole pakai lagi tapi kena basuhlah kemaluan baby stiap kali tukar pampers..kalo x cuci dgn air yg mengalir itu lah punca baby ade kuman..

Lagi bagus cuci dengan sabun..kita yang dewasa ni pon cuci bila kencing n buang air besar..baby pon same sebenarnya kena cuci..tapi banyak ibu ambil mudah sebab tu bole kena kencing kotor..nak pakai wet tissue bole..tapi bukan pada kemaluan baby ye puan..sbb baby to sensitive antibody baby masih x kuat macam orang dewasa..seelok eloknya memang cuci dgn air mengalir lebih baik dari guna tissue atau wet tissue..kalo lmbt puan rawat boleh menyebabkn buah pinggang baby rosak ye..

Kita penat angkat baby stiap kali nk cuci najis xpe sbb baby masih depan mata..jgn kita penat mananggung rindu bila dye dah tiada..nnt kita x bole maaf kn diri kita atas kesilapan yg kita nmpk remeh..yg remeh tulh bole jd serius..ajal mmg ditgn tuhan tp kita syg kn anak mesti kita nk anak sihat dan yang terbaik untuk dye..

Mencegah lebih baik dari merawat..

Doakan anak saya membesar dengan sihat dan cepat sembuh ye..

Kredit kepada Muhammad Darwisy Hurairah

#Infokini di "Penggunaan Wet Tissue Dengan Salah & Memudaratkan Kesihatan Bayi," Ibu Muda Ini Kongsi Apa Terjadi kepada Anaknya

Satu Malam Dah Boleh Hilangkan Jerawat Kalau Guna 5 Cara Mudah Ni

07:54 0
Satu Malam Dah Boleh Hilangkan Jerawat Kalau Guna 5 Cara Mudah Ni merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Satu Malam Dah Boleh Hilangkan Jerawat Kalau Guna 5 Cara Mudah Ni.


Masalah jerawat di wajah memang mengundang rasa sakit hati kan. Nak hilangkan bukannya mudah. Guna bermacam jenis produk pun  kadang-kadang tak menyelesaikan masalah kulit jerawat ni. Jadi, apa jalan penyelesaian korang? Kalau buntu, jangan risau, kami ada 5 cara mudah yang korang boleh cuba dekat rumah. Kalau selalu amalkan, insyaallah hanya satu malam je, jerawat dah boleh hilang. Baca ni: 

1) Gel Aloe Vera

Nak lagi mudah, korang tanak pokok aloe vera dekat rumah. Ya, Aloe Vera sangat bagus kerana ia mengandungi kandungan anti bakteria yang boleh mengurangkan kemerahan dan isitasi kulit. Untuk hilangkan jerawat, korang sapu gel aloe vera di kawasan muka yang berjerawat okay.

2) Madu

Madu mengandungi kandungan antibiotik yang boleh membunuh bakteria

3) Bawang putih

Ya, ambil satu ulas bawang putih dan sapu di bahagian jerawat. Sebab? Jerawat mengandungi anti-bakteria yang boleh melawan jerawat. Caranya., korang hancurkan bawang putih dan tambah sedikit air. Sapu di bahagian berjerawat dan biar selama 10 minit. Ingat ya, pastikan bawang itu dicampur dengan air.

4) Ais

Ais salah satu cara rawatan yang bagus untuk kulit muka. Ais boleh mengecutkan jerawat korang. Boleh cuba buat dekat rumah. Letak beberapa ketul ais dalam kain dan tekat di muka berjerawat selama 3 minit.

5) Ubat gigi

Penrah dengar tak kalau nak hilangkan jerawat, korang sapu ubat gigi dekat jerawat tu? Hasilnya jerawat cepat kering. 

Kredit: THR gegar

#Infokini di Satu Malam Dah Boleh Hilangkan Jerawat Kalau Guna 5 Cara Mudah Ni

Korang Kena Berhenti Minum Air Teh O Ais Sebelum Terkena Penyakit Ni

07:54 0
Korang Kena Berhenti Minum Air Teh O Ais Sebelum Terkena Penyakit Ni merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Korang Kena Berhenti Minum Air Teh O Ais Sebelum Terkena Penyakit Ni.


Kalau lepak kedai mamak atau mana-mana restoran makanan , air kebiasaan orang ramai akan order mesti Teh o Ais. Sebenarnya, air Teh o Ais sangat bahaya jika diambil setiap hari. Kalau korang tak percaya, satu kes sudah berlaku di Amerika Syarikat, apabila seorang lelaki mengalami kegagalan buah pinggang setelah minum air Teh o Ais melebihi empat liter setiap hari.

Untuk pengetahuan korang, teh hitam itu mengandungi banyak kandungan garam asid atau oksalat yang boleh menyebabkan buat pinggang. Lelaki tersebut sudah mengambil jumlah oksalatnya lebih daripada 1,500 miligram sehari gara-gara pengambilan air Teh o Ais yang tidak terkawal

Setelah diperiksa, air kencing lelaki tersebut dipenuhi gentian Kristal kalsium oksalat dan pakar menasihatkan agar badan manusia tidak mengambil lebih dari 50 miligram oksalat dalam sehari. Oksalat dalam makanan harian kita ialah sayur bayam, coklat, kacang dan gandum.

Jadi pengajaran dari kisah ini, kurangkan pengambilan air teh o ais atau apa air manis sekalipun. Lebih bagus jika amalkan minum air putih. Jaga kesihatan korang dengan baik okay ! 

Sumber: THR gegar

#Infokini di Korang Kena Berhenti Minum Air Teh O Ais Sebelum Terkena Penyakit Ni

Jangan Tidur Dalam Kereta, Bahaya! Ramai Yang Mengamalkan Amalan Ini Tanpa Memikirkan Kesan Buruk..

00:07 0
Jangan Tidur Dalam Kereta, Bahaya! Ramai Yang Mengamalkan Amalan Ini Tanpa Memikirkan Kesan Buruk.. merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Jangan Tidur Dalam Kereta, Bahaya! Ramai Yang Mengamalkan Amalan Ini Tanpa Memikirkan Kesan Buruk...


Tiada istilah kereta sebagai rumah kedua okay! Ramai yang mengamalkan amalan ini tanpa memikirkan kesan-kesan buruk yang akan terjadi. Ya, tidur dalam kereta dalam keadaan enjin dan aircond terbiar buka itu bahaya. Dah banyak kes kematian terjadi disebabkan lena dalam kereta dengan keadaan aircond terbiar.

Enjin dan aircond yang terbiar dalam jangka masa lama akan menyebabkan satu gas beracun keluar iaitu kebocoran gas karbon monoksida atau CO.

CO sangat bahaya pada manusia kerana ia akan menjejaskan hemoglobin. Korang tahu taka pa fungsi hemoglobin? Hemoglobin tugasnya untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan dan bebaskan ke tisu badan. Jika kita menyedut gas CO, ia boleh membunuh disebabkan gas CO sudah mengganti oksigen dan boleh membunuh manusia dala, beberapa minit sahaja.

Kebocoran gas karbon monoksida ini berlaku dari ekzos dan akan masuk menerusi aircond kereta. Jadi, kroang kena berhati-hati, kalau nak tidur, pastikanjangan pasang aircond dan matikan enjin. Nak lebih selamat, cari mana-mana tempat untuk lelap seketika. Jangan ambil mudah akan perkara ini okay!


#Infokini di Jangan Tidur Dalam Kereta, Bahaya! Ramai Yang Mengamalkan Amalan Ini Tanpa Memikirkan Kesan Buruk..

Banyak Kegunaan Bedak Bayi Ni Rupanya. Nombor 4 Paling Tak Sangka!

19:04 0
Banyak Kegunaan Bedak Bayi Ni Rupanya. Nombor 4 Paling Tak Sangka! merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Banyak Kegunaan Bedak Bayi Ni Rupanya. Nombor 4 Paling Tak Sangka!.


Sebut je bedak bayi, sudah pasti dah tahu kegunaanya untuk apa kan. Sebenarnya, bedak bayi bukan diletak pada bayi sahaja, malah boleh digunakan untuk perkara lain. Banyak kegunaannya kalau korang nak tahu. Jom baca kat bawah ni:

1) Halang masalah kaki berbau

kalau korang jenis kaki berbau dan berpeluh, ambil bedak bayi dan letak sedikit dalam kasut.

2) Rantai tersimpul

tidak kira apa jenis rantai yang tersimpul, ambil bedak bayi dan letak pada bahagian yang tersimpul. Ambil jarum untuk melonggarkan rantai yang tersimpul

3) Lantai berbunyi

lantai kayu berbunyi? Tabur bedak atas lantai, kemudian sapu untuk memastikan bedak masuk di celah-celah lantai kayu.

4) Perabut berbau hapak

Taburkan bedak pada perabut lama korang untuk menimbulkan bau segar.

5) Susah tidur sebab cuaca panas?

Tabur bedak pada cadar dan korang akan rasa selesa dan segar malah lena untuk tidur

6) Buang pasir pada badan dengan mudah

Kalau korang pergi pantai, bawak bedak bayi ni dan tabur pada badan agar pasir-pasir yang melekat akan jatuh.

#Infokini di Banyak Kegunaan Bedak Bayi Ni Rupanya. Nombor 4 Paling Tak Sangka!

Subhanallah! Inilah Rahsia Jantung Manusia. Lihatlah Betapa Sempurna Dan Lengkapnya Ciptaan Allah..

18:49 0
Subhanallah! Inilah Rahsia Jantung Manusia. Lihatlah Betapa Sempurna Dan Lengkapnya Ciptaan Allah.. merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Subhanallah! Inilah Rahsia Jantung Manusia. Lihatlah Betapa Sempurna Dan Lengkapnya Ciptaan Allah...


Jantung, organ manusia yang paling sibuk di dunia. Sebuah bag berdenyut yang tidak pernah berhenti bekerja sekalipun manusia tertidur. Mesin manakah yang lebih canggih daripada jantung manusia itu?

Rahsia kerja jantung ini sekali lagi menunjukkan betapa sempurna dan lengkapnya daya seni Allah dalam penciptaan-Nya.

"(Yang memiliki sifat-sifat seperti itu) ialah Allah Tuhan kamu. Tidak ada Tuhan selain Dia. Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia. Dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu, "[QS. Al-An'am: 102]

Rata-rata sepanjang hidupnya, jantung manusia berdetak 3 bilion kali tanpa henti. Jantung tetap bekerja dengan menurunkan denyutan 10 - 30 denyutan / minit ketika tidur. Hal ini menghasilkan penurunan tekanan darah, yang berlaku dalam tidur nyenyak. Jika saja jantung berhenti berdenyut, maka akan berakhirlah hidup kita.

Jantung berdenyut dengan kadar yang berbeza-beza, bergantung pada aktiviti. Ketika sedang aktif, otot-otot memerlukan tenaga dan oksigen yang lebih banyak, maka jantung berdenyut lebih cepat, + 120 kali / minit. Ketika sedang berisitirahat, jantung kembali melambat dan berdenyut 60-80 kali / minit.

Jantung adalah kantung berdenyut dan diperbuat daripada otot yang sangat kuat. Otot ini disebut otot jantung (miokardia) yang tidak pernah lelah mengecut sekali atau lebih dalam setiap saat. Saat berada dalam tahap perkembangan embrio, manusia sebenarnya memiliki dua jantung. Namun seiring perkembangan embrio, dua pusat ini akhirnya menyatu menjadi satu dengan empat buah bilik. Ini menunjukkan walaupun tubuh manusia mempunyai dua paru-paru namun manusia hanya perlu satu jantung yang bertugas tanpa henti mengepam darah ke seluruh tubuh.

Berat jantung kurang lebih 312 gram mampu berdenyut sekitar 60-80 kali / minit dan berdenyut selama setahun sekitar 40 juta kali denyutan. Apabila digunakan sebagai alat penggerak, jantung mampu mengangkat beban yang berukuran 2 kati (1 kati = 448,28 gr) setinggi kaki dengan kerja kerasnya dalam satu denyutan. Kadar darah yang didorong oleh jantung orang dewasa yang sihat ketika berfungsi dengan kuat mencapai sekitar 20 liter / minit.

Sementara perjalanan darah melalui jantung memerlukan masa 1.5 saat, sedangkan dari jantung ke paru-paru kemudian kembali ke jantung lagi (peredaran darah kecil) memerlukan masa 6 saat. Jantung mengeluarkan 8000 liter darah / hari, termasuk jumlah darah yang beredar memanjang + 150 km melalui setiap rangkaian tubuh, dan memindahkan darah yang terdapat makanan dan oksigen. Bekalan oksigen penting bagi organ vital sistem pengangkutan, lima minit saja tidak ada oksigen, maka otak akan mengalami kerosakan.

Jantung berfungsi sebagai raja yang mengepalai seluruh anggota tubuh, ia adalah pancangan kehidupan, sumber nyawa kehidupan dan panas badan. Jantung adalah sumber munculnya pemikiran, pengetahuan, kelemahlembutan, keberanian, kemuliaan, kesabaran, kekuatan menahan diri, rasa cinta, keinginan, kerelaan, kemurkaan dan sifat-sifat sempurna yang lain. Seluruh anggota tubuh, baik yang nampak mahupun yang tidak nampak adalah tentera bagi jantung.

Setiap apa yang dilihat oleh mata langsung dihantar ke jantung. Kerana keterikatan yang dalam antara mata dan jantung, apabila ada sesuatu di dalam jantung, maka boleh tampak di mata. Mata merupakan cermin dari jantung yang menterjemahkan apa yang berlaku di dalam hati, sebagaimana lisan merupakan penterjemah dari apa yang didengar oleh hati. Kerana itu banyak didapati dalam Al-Qur'an tiga hal tersebut digabung jadi satu.

"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta Pertanggungjawabannya." [Qs. Al-Israa (17): 36]

Sementara Harun Yahya mengungkapkan, berliter-liter darah berdetak tanpa henti naik turun di sekujur tubuh dan itu semua dimobilisasi oleh jantung.

Setiap benda memerlukan penggerak agar boleh terus bergerak. Pelbagai kenderaan atau bahkan sebuah kereta mainan remote control bergerak dengan motor. Begitu juga darah yang beredar di sepanjang tubuh pun memerlukan sebuah motor. Motor yang memainkan darah kita siang malam selama berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun, adalah jantung kita.

Jika kita memegang urat nadi dan menunggunya sebentar, maka akan terasa denyutan jantung kita. Jantung mengepam + 152 juta liter (40 juta gelen) darah sepanjang hidup. Darah sebanyak itu setara dengan minyak sebanyak 10,000 kereta tangki, angka ini cukup hebat tentunya. Sekarang jika diibaratkan kita menuang secawan air dari satu baldi ke ember lain, 70 kali seminit. Akhirnya tentu otot tangan dan pergelangan kita akan sakit dan perlu berehat. Padahal, jantung melakukan tugas seperti ini sepanjang hidup dan tidak pernah berehat.

Darah yang mengedari tubuh kebanyakan tersusun dari air (jika, sel, protein dan hormon dipisahkan dari darah, yang tinggal adalah plasma yang 95%-nya adalah air). Oleh kerana itu Jika peringkat visikositas air menyerupai ter atau minyak zaitun yang bervisikositas 100 juta lebih tinggi dari ter, jelas tidak ada jantung yang boleh mengepam darah melalui rangkaian kapilari tubuh. Tingginya visikositas air membuat darah melalui pembuluh-pembuluh darah yang halus tanpa halangan dan perlambatan.

Bayangkanlah bagaimana Allah menciptakan pam dengan bentuk yang paling sempurna di dunia ini sekarang tengah berdetak di bahagian kiri dada kita, Subhanallah ... 

Dengan rancangannya yang istimewa dan gerak tak kenal henti, jantung membuat seluruh darah dalam tubuh menyelesaikan 1000 pusingan penuh dalam sehari. Subhanallah!

#Infokini di Subhanallah! Inilah Rahsia Jantung Manusia. Lihatlah Betapa Sempurna Dan Lengkapnya Ciptaan Allah..

Baju Putih Dah Lusuh? Putihkan Kembali Dengan Guna 1 Bahan Ni Je

16:43 0
Baju Putih Dah Lusuh? Putihkan Kembali Dengan Guna 1 Bahan Ni Je merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Baju Putih Dah Lusuh? Putihkan Kembali Dengan Guna 1 Bahan Ni Je.


Baju putih memang susah nak jaga. Kalau silap bercampur dengan baju lain ketika mencuci boleh menyebabkan warna baju lain melekat pada baju warna putih. Kalau nak cuci baju putih, korang kena asingkan dan jangan campur dengan baju warna lain. 

Bukan itu sahaja, baju warna putih sangat mudah nampak lusuh dan tidak kelihatan putih seperti baju baharu yang dibeli. Kalau dah lusuh nak pakai pun rasa segan kan? Jangan risau, kami ada tips mudah untuk korang kekalkan warna putih itu dengan guna 1 bahan ni je.

Menurut pakar, cuka adalah satu bahan yang sangay berkesan untuk memutihkan baju putih malah boleh melembutkan kain.

Cara-caranya, korang hanya masukkan setengah cawan cuka dan serbuk pencuci ke dalam mesin basuh dan cuci seperti biasa. Setiap pakaian yang berwarna putih, tidak kira stoking, cadar dan sebagainya boleh dicampur dengan cuka dan lihat hasilnya pakaian korang akan putih melepak kembali! Selamat mencuba yaa!

#Infokini di Baju Putih Dah Lusuh? Putihkan Kembali Dengan Guna 1 Bahan Ni Je

Petua Merawat Penyakit HFMD Supaya Cepat Sembuh

11:19 0
Petua Merawat Penyakit HFMD Supaya Cepat Sembuh merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Petua Merawat Penyakit HFMD Supaya Cepat Sembuh.


Rasa tak sedap hati selagi tak kongsi pengalaman dan petua saya sendiri bila anak terkena virus Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD). Maaf, panjang lebar penulisan ini. 

Kebelakangan ini, ramai kanak-kanak yang terkena jangkitan virus HFMD. Tidak terkecuali anak saya sendiri pun kena juga. 

Simptom awal, anak mula demam dan muntah-muntah di padang. Pada masa itu dia ada sukan sekolah tadika. Sehari kemudian, dia mengadu sakit mulut. Susah nak makan. Bila tengok tangan dan kakinya dah naik merah-merah, hati sudah mula berasa risau. Lalu saya pun membawanya pergi ke klinik di sekitar Kemunting. 

Doktor memberitahu bahawa anak saya terkena demam campak biasa sahaja. Doktor hanya memberi ubat demam dan krim berwarna putih untuk disapu. Tetapi bila bawa anak balik, anak menangis-nangis kata mulut dan lidahnya semua sakit. Mula rasa tak sedap hati. Iyalah, nak makan pun tak boleh, nak minum susu dan milo pun sakit, tetapi ibu saya suruh pergi cari daun semambu bagi cucu dia ini tidur di atas daun semambu. Almaklumlah ingat kena demam campak. 

Semasa nak pergi beli daun semambu di rumah jiran berbangsa India, dia ada beri saya satu petua. Jadinya, saya gunakan 100% kaedah rawatan tradisional India ini ke atas anak saya semasa dia terkena virus HFMD. Alhamdulillah, okay sangat-sangat. Selepas tiga hari mengamalkan petua ini, saya bawa anak pergi ke hospital swasta dan bertemu dengan doktor pakar kanak-kanak untuk final diagnosis. 

Pada masa ini, barulah saya tahu yang anak saya terkena HFMD, bukannya demam campak seperti yang diberitahu oleh doktor di klinik. Doktor pakar kanak-kanak ini agak terkejut dengan perubahan sakit anak saya. Dia puji saya pandai menjaga anak saya sebab gelembung-gelembung HFMD menjadi kering dan elok, sedangkan baru 3-4 hari anak terkena HFMD. 

Jadi, saya mahu kongsikan petua yang jiran India saya berikan ini. Ibu-ibu boleh amalkan kalau nak anak cepat sembuh dan kita juga perlu yakin semuanya di atas keizinan Allah SWT. 

1. Saya bagi anak saya makan aiskrim valina. Aiskrim ini nak bagi luka dalam mulut reda. Cubalah, memang sangat-sangat berkesan. 

2. Ambil sebesen air paip, masukkan serbuk kunyit satu sudu besar. Ramaskan daun-daun semambu ke dalam air tersebut. Letakkan air tersebut di bawah cahaya matahri dalam 2-3 jam. Saya letak jam 10.40 pagi hingga 1 petang. Bila sudah agak-agak panas-panas suam, bagi anak kita mandi menggunakan air itu. Jirus secara perlahan-lahan dari kaki ke kepala. Jangan bilas dengan air paip. Biarkan air kunyit dan daun semambu ini di badan anak dijadikan sebagai penawar. 

3. Ramaskan daun semambu dengan bedak sejuk. Lumurkan ke tangan, kaki di bahagian yang terkena jangkitan ini. Jangan masukkan dalam mulut. Untuk atas masalah ulser dalam mulut, beri makan aiskrim vanilla sahaja. 

InshaAllah selepas 3-4 hari pasti akan hilang. Cubalah sebab saya sendiri sudah mengalaminya. Parut pun dah tak ada di badan anak. Petua ini sangat-sangat mujarab. Pada yang mahu kongsikan, silakan ya. Saya cuma bercerita berdasarkan pengalaman. Kita hanya perlu ikhtiar dan tawakal. InshaAllah segalanya dengan izin Allah SWT


#Infokini di Petua Merawat Penyakit HFMD Supaya Cepat Sembuh

7 Potong Ayat Al Quran Yang Boleh Membuat Anda Kaya Jika Diamalkan

11:19 0
7 Potong Ayat Al Quran Yang Boleh Membuat Anda Kaya Jika Diamalkan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 7 Potong Ayat Al Quran Yang Boleh Membuat Anda Kaya Jika Diamalkan.


Al-Quran adalah petunjuk dan pedoman hidup manusia terutama untuk seorang mukmin. Di dalam ayat-ayat Al-Quran tersimpan rahsia-rahsia hidup yang perlu kita pelajari. Ayat-ayat Al- Quran mempunyai maksud yang sangat mendalam sehingga perlu ilmu untuk memahaminya secara menyeluruh.

Alhamdulillah, Allah kurniakan kepada kita ahli tafsir dan hadis yang dapat menerangkan ayat-ayat Al-Quran secara menyeluruh. Di dalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang membahas tentang rezeki dan cara mendapatkan rezeki dari Allah swt. Berikut adalah 7 ayat Al Quran yang boleh membuat kita kaya jika diamalkan.

1. Quran Surat Ar-Ra’d:11

Allah SWT berfirman :

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلا مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ (١١

“Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.” (Q.S. Ar-Ra’d:11)

Tafsir Surat Ar-Ra’d ayat 11 ini sebagai berikut :

Allah tidak akan mengubah keadaan mereka, selama mereka tidak mengubah sebab-sebab kemunduran mereka. Ada pula yang menafsirkan, bahwa Allah tidak akan mencabut nikmat yang diberikan-Nya, sampai mereka mengubah keadaan diri mereka, seperti dari iman kepada kekafiran, dari taat kepada maksiat dan dari syukur kepada kufur. Demikian pula apabila hamba mengubah keadaan diri mereka dari maksiat kepada taat, maka Allah akan mengubah keadaanya dari sengsara kepada kebahagiaan. Dengan mengubah diri menjadi yang lebih baik maka Allah SWT akan mendatangkan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Mengubah diri yang tadinya kufur menjadi taat adalah perkara asas untuk meraih rezeki. Dengan adanya niat dan usaha untuk merubah diri, Allah SWT pasti akan memudahkan kita untuk berubah ke arah yang lebih baik.

2. Quran Surat Al-Baqarah:216

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ (٢١٦

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Tetapi boleh Jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh Jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui. ” (Q.S. Al-Baqarah:216)

Seseorang yang mendapatkan sesuatu hal yang tidak sesuai dengan harapan pasti akan kecewa. Padahal kita tidak tahu apakah sesuatu itu sebenarnya baik atau buruk bagi kita. Berbaiksangkalah kepada Allah SWT karena hanya Dia lah yang tahu mana yang baik dan mana yang buruk bagi kita. Sesuai dengan surat Al Baqarah ayat 216 di atas bahwa kita tidak boleh membenci sesuatu hal, bisa jadi Allah sedang memberikan jalan keluar dari masalah-masalah yang sedang kita hadapi.

Jika kita mengamalkan ayat ini dalam berusaha, insyaallah kita tidak mudah putus asa dan selalu berbaik sangka kepada Allah SWT. Segala hasil yang kita dapatkan akan disyukuri dengan sepenuh hati sembari bersabar dan berharap yang terbaik pasti datang dari Allah SWT.

3. Quran Surat Al-Baqarah: 286

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلا تُحَمِّلْنَا مَا لا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (٢٨٦

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), “Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau membebani Kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Ma’afkanlah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong Kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.”

Jelas dalam ayat diatas bahwa Allah tidak akan membebani seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupannya. Yakinlah jika kita berpikir tidak sanggup,maka itu hanya anggapan kita saja. Kita pasti sanggup apabila menyanggupinya. Jangan kalah oleh pikiran negatif yang dengan mudah mengatakan tidak sanggup untuk berusaha dan menjadi kaya.

Dengan mengamalkan ayat ini, seseorang yang berusaha dengan sungguh-sungguh selalu mempunyai pikiran positif bahwa apa yang menjadi bebannya adalah beban yang sesuai dengan kesanggupannya. Dengan semangat ini segala macam urusan dan beban akan terasa ringan dan mudah untuk melaluinya.

4. Quran Surat Al-Insyirah: 5 – 6

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (٥) إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (٦)

“5. Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. 6. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan“.

Tafsir surat Al-Insyirah ayat 5-6 :

Ini merupakan kabar gembira untuk Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam, yaitu bahwa setiap kali Beliau mendapatkan kesulitan, maka Beliau akan mendapatkan kemudahan setelahnya, dan bahwa betapa pun besar kesusahan yang Beliau alami, maka setelahnya Beliau akan merasakan kemudahan. Oleh karena itu, sebelumnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam merasakan kesulitan dan penderitaan dari orang-orang kafir, selanjutnya Beliau mendapatkan kemudahan dengan diberi-Nya kemenangan atas mereka.

Dengan mengamalkan kedua ayat diatas kita yakin bahwa sesuatu itu diciptakan berpasang-pasangan oleh Allah SWT. Begitu juga dengan kesulitan yang berpasangan dengan kemudahan. Seseorang yang menghadapi kesulitan dengan sabar dan penuh harapan Allah SWT sesuai dengan ayat diatas pasti akan mendatangkan kemudahan. Setiap usaha yang ditempuh dengan penuh sabar dan harap pasti akan membuahkan hasil.

Seseorang yang menghindari kesulitan dia tidak akan mendapatkan kemudahan. Jika kita berharap sesorang yang mengatasi kesulitan,maka orang lain lah yang mendapatkan kemudahan. Kita tidak akan mendapatkan kemudahan dari kematangan, keterampilan, dan pengalaman yang didapatkan. Perhatikan ayat ke-6, ada kata “sesungguhnya”, artinya sebuah penguatan atau penegasan akan kalimat sebelumnya.

5. Quran Surat Ath-Thalaq: 2-3

فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَأَشْهِدُوا ذَوَيْ عَدْلٍ مِنْكُمْ وَأَقِيمُوا الشَّهَادَةَ لِلَّهِ ذَلِكُمْ يُوعَظُ بِهِ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا (٢) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا (٣

” 2. Maka apabila mereka telah mendekati akhir iddahnya, maka rujuklah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu karena Allah. Demikianlah pengajaran itu diberikan bagi orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barang siapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. 3. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”

Dalam ayat ke 2 surat Ath-Thalaq Allah SWT akan membukakan jalan keluar bagi orang-orang yang bertakwa. Tafsir ayat ini adalah sebagai berikut :

Maka orang yang bertakwa kepada Allah dan mengutamakan keridhaan Allah dalam semua keadaannya, Allah Subhaanahu wa Ta’aala akan membalasnya di dunia dan akhirat. Di antara sekian balasannya adalah Allah Subhaanahu wa Ta’aala berikan jalan keluar dari setiap kesulitan dan kesempitan. Sebagaimana orang yang bertakwa kepada Allah, akan dibukakan jalan keluar baginya, maka orang yang tidak bertakwa kepada Allah, akan terjatuh ke dalam kesempitan, beban dan belenggu yang sulit keluar dan lolos darinya. Digunakan talak sebagai contohnya, karena jika seorang tidak bertakwa kepada Allah dalam masalah talak, misalnya ia menjatuhkan talak dengan cara yang diharamkan seperti langsung tiga kali, maka ia tentu akan menyesal dengan penyesalan yang tidak mungkin dapat dikejar lagi.

Sedangkan dalam ayat ke 3 surat Ath-Thalaq Allah SWT akan mencukupkan keperluannya dan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepada orang yang bertawakkal.

Kedua ayat ini memiliki perintah dari Allah SWT yaitu bertakwa dan bertawakkal. Dengan mengamalkan perintah pada ayat ini insyaallah kita tidak takut lagi akan kehabisan harta dan tidak takut lagi menghadapi kesulitan. Sesuai dengan janji Allah pada ayat diatas rezeki akan dicukupkan dan dibukakan jalan keluar dari kesulitan serta masalah yang sedang kita hadapi.

Sumber: ohmymedia

#Infokini di 7 Potong Ayat Al Quran Yang Boleh Membuat Anda Kaya Jika Diamalkan

Doktor Keluarkan 5KG Najis Daripada Lelaki 27 Tahun

10:39 0
Doktor Keluarkan 5KG Najis Daripada Lelaki 27 Tahun merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Doktor Keluarkan 5KG Najis Daripada Lelaki 27 Tahun.


CHENGDU: Doktor di bandar ini melakukan pembedahan ke atas seorang lelaki bagi membuang lima kilogram najis daripada tubuhnya. Mengikut akhbar harian West China Metropolis Daily, pesakit itu berusia 27 tahun, sebelum ini mengadu sakit perut amat teruk dan mengalami sembelit sejak kira-kira 10 tahun lalu. 

Selepas dimaklumkan doktor bahawa mereka gagal menemui sumber penyakitnya sedekad yang lalu, pakar perubatan dari hospital kedua di sini akhirnya menemui masalah itu selepas menjalankan ujian sinar-X. 

Selepas mendiagnosis pesakit dengan penyakit "kolon mega kongenital", doktor menemui najis amat besar yang menyebabkan ususnya membesar dua kali ganda berbanding saiz biasa, malah menyebabkan jantungnya beralih ke bahagian kanan. 

Mengambil kira faktor penyakit mangsa sejak sedekad lalu, lelaki itu dianggap amat bertuah kerana tidak menemui ajal seperti nasib remaja England, Emily Titterington. Pada Februari 2013, Titterington, 16, yang turut mengidap autisme ringan terkena serangan jantung dan maut selepas lapan minggu sembelit. - Agensi

#Infokini di Doktor Keluarkan 5KG Najis Daripada Lelaki 27 Tahun

"Kena Tegur Sebab Solat Tak Pakai Telekung," Tidak Sahkah Solat Tanpa Terlekung? Ini Jawapan Ustaz Dr Shauqi Othman

10:09 0
"Kena Tegur Sebab Solat Tak Pakai Telekung," Tidak Sahkah Solat Tanpa Terlekung? Ini Jawapan Ustaz Dr Shauqi Othman merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri "Kena Tegur Sebab Solat Tak Pakai Telekung," Tidak Sahkah Solat Tanpa Terlekung? Ini Jawapan Ustaz Dr Shauqi Othman.


Untuk solat wanita wajib pakai terlekung, itu adalah mentaliti kita ditanam sejak dulu lagi, bila nak solat harus bertelekung, sedangkan telekung itu bukan syarat sah solat.

Isu ini bukanlah, bahkan pernah terjadi melibatkan pendakwah terkenal di mana ada segelintir netizen mengecam tindakan isteri Ustaz Don yang solat sunat selepas akad nikah tanpa memakai telekung sehinggakan perlu diperjelaskan semula kepada golongan ini.

Menjadi viral sejak beberapa hari lalu keratan Twitter di mana twit berkenaan memberitahu isterinya telah ditegur oleh seorang jemaah perempuan kerana solat tanpa pakai telekung.

Apa yang lebih pelik sehinggakan ada seorang jemaah lain merakam tindakan isterinya itu bersolat tanpa terlekung.

Pelik sangatkah perbuatan ini? seorang wanita bernama turut Shahida Nashira Nashi  tampil menceritakan pengalamannya berdasarkan keratan Twitter berkenaan.

[PAKAI TELEKUNG DIK..]

Hurm..benda yang sama pernah ditanya kepada saya, masa tengah buat attachment 2 tahun lepas..

Identiti dan pekerjaan mak cik ni dirahsiakan tak mahu unintentionally jatuhkan mana2 pekerjaan..biasa org zaman sekarang laju je nk mngata org..

Mak cik : Adik mmg datang sorang ka? Dari university mana ni?

Me : University Iskandariah mesir..ye saya sorang je

Mak cik : Mai nak tanya sat, awat budak-budak mesir ni suka solat tak pakai telekung..banyak kali dah mak cik tegur suruh pakai tapi taknak pakai...tahulah tudung dah labuh, handsock stokin semua dah pakai..habih tu awat tak pakai telekung, mana sah solat gitu..

Me: telekung bukan rukun wajib atau sah solat pon mak cik, asalkn pakaian dah menutup aurat dan tidak jarang dah dikira sah untuk bwak solat, hatta pakai ketat pon bole di bawa solat cumanya..pakaian ketat tak boleh di bawa di luar solat,untuk mnjaga mata2 lelaki..

Mak cik : haish.. mana bole gitu,habih tu nanti mati..biaq pi dia pakai baju kurung tudung labuh tu, tak yah kapan pakai kain telekung dah..suami akak belajar agama kat mesir pon marah, dia pon kata... biaq depa mati pakai baju bunga-bunga tu..

Me : eeerrr..apa pulak la kaitan pakaian mati pulak ni ( dalam hati)

Mak cik : adik balik nanti tegur kawan-kawan jangan duk balik buat ajaran sendiri

Me : baik lah mak cik.. cuma nak kata, islam itu mudah, jangan pulak kita hadir utk memberat2kan.. dan mak cik tau x, kat mesir xde telekung tau, kira semua rakyat mesir xsah la solat dia ek?...terus melarikan diri...

Mak cik : * terpinga2*

Tulah minta, yang tak faham tanya..atau kalau rasa ilmu masih haus isikan dengan majlis ilmu..tak cakap saya pandai pon..sebab saya jugak seorang pelajar, cuma ilmu yang sikit mampu tampung persoalan mngenai ibadah, fekah dan tauhid, jadilah nak hidup..haha..jom belajar jangan malas yer..

Sah solat tak kalau tak pakai terlekung? ini jawapan Ustaz Dr Shauqi Othman, yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia.

Apa kata beliau? jom kita baca


Seseorang wanita yang ingin mengerjakan solat, hendaklah mempastikan bahawa ia menutup aurat dengan sempurna. Aurat bagi wanita ialah menutup seluruh tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangan (pergelangan tangan). 

Allah swt telah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 31, bermaksud: 

”Wahai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah pada setiap kali (memasuki) masjid...”. 

Ibnu Abbas telah menyatakan bahawa maksud daripada ayat ini ialah memakai pakaian (menutup aurat) ketika menunaikan solat. (Sila Rujuk Mughni Muhtaj dan al-Fiqh al-Islamiy Wa Adillatuh). 

Daripada Ummu Salamah, bahawasanya beliau pernah bertanya kepada rasulullah saw: 

”Apakah seseorang wanita itu boleh menunaikan solat dengan memakai baju panjang dan penutup kepala tanpa memakai kain sarung?”. 

Jawab baginda Rasulullah: 

”Boleh sekiranya baju itu luas yang boleh menutupi bahagian atas telapak kakinya”. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud). 

Selain menutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan pergelangan tangan , syarat yang perlu dipenuhi bagi menutup aurat bagi wanita ialah memakai pakaian tebal yang sekurang-kurangnya boleh menutup warna kulit badan. 

Sekiranya pakaian yang dipakai itu nipis dan menampakkan warna kulit, maka ia tidak dianggap menutup aurat dan solat tidak sah. 

Begitu juga disyaratkan pakaian yang dipakai tidak terlalu ketat yang boleh menampakkan susuk tubuh pemakainya. Kadang-kala berlaku kekeliruan terutamanya bagi wanita yang menganggap bahawa solat tidak sah tanpa memakai ’telekung sembahyang’. 

Oleh itu, apabila seseorang wanita itu terlupa untuk membawa ’telekung sembahyangnya’, maka dia akan meninggalkan solat dengan anggapan tidak dapat menutup aurat. Ini merupakan persepsi yang salah terhadap aurat. 

Sebenarnya, apabila seseorang muslimah itu beriltizam dengan menutup aurat apabila berada di luar rumah iaitu dengan menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan pergelangan tangan, maka dia boleh menunaikan solat dengan menggunakan pakaian tersebut asalkan ianya bersih, tanpa diperlukan ’telekung sembahyang’!. 

Sumber: SiakapKeli

#Infokini di "Kena Tegur Sebab Solat Tak Pakai Telekung," Tidak Sahkah Solat Tanpa Terlekung? Ini Jawapan Ustaz Dr Shauqi Othman
Powered by Blogger.