Inilah 4 Amalan Mudah Tapi Pahalanya Terus Mengalir Hingga Hari Kiamat

09:01
Inilah 4 Amalan Mudah Tapi Pahalanya Terus Mengalir Hingga Hari Kiamat merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Inilah 4 Amalan Mudah Tapi Pahalanya Terus Mengalir Hingga Hari Kiamat.


Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah SWT yang paling sempurna. Sebab manusia memiliki akal dan fikiran sehingga mampu membezakan mana yang baik dan buruk.Salah satu tujuan penciptaan manusia adalah untuk menyembah kepada Allah SWT, serta melakukan berbagai macam amal kebaikan. Amalan ini sebagai bekalan agar kelak layak menjadi penghuni syurga. 

Diantara amalan orang sholeh yang boleh dilakukan manusia, terdapat 4 amalan ringan yang pahalanya terus mengalir hingga hari kiamat. Namun tidak banyak orang yang mengetahuinya. Sehingga kebanyakan orang terus melupakannya dan lalai dari mengamalkannya. Padahal amalan ini sangat mudah untuk dilakukan. Jadi, apa amalan yang dimaksud ?

1. Solat Subuh dan Isya Berjemaah

Amalan ringan pertama yang pahalanya terus mengalir adalah melaksanakan solat subuh dan isya berjemaah. Melaksanakan kedua amalan ini sama seperti melaksanakan solat setengah malam dan solat sehari suntuk.

Sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa siapa saja yang melaksanakan solat isya berjemaah seolah-olah menunaikan solat setengah malam dan siapa saja yang melaksanakan solat subuh berjamaah sama seperti orang yang melaksanakan solat sehari suntuk.

2. Mendoakan Orang Lain

Amalan ringan selanjutnya yang pahalanya terus mengalir hingga kiamat adalah mendoakan orang lain. Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa siapa saja yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya sesama muslim, melainkan para malaikat akan berkata:

“Dan bagimu juga kebaikan yang sama.” (HR. Muslim no.4912)

Oleh sebab itu perbanyaklah mendoakan orang lain dengan taqwa dan hati yang tulus. Namun Allah SWT mengajarkan manusia untuk tidak pernah mendoakan orang lain untuk suatu keburukan, mendoakan orang kafir agar diampuni, serta mendoakan hal-hal yang tidak akan berlaku.

3. Menunggu solat Jumaat

Amalan selanjutnya yang pahalanya terus mengalir adalah menunggu solat Jumaat dan bersegera ketika waktunya datang. Menunggu solat Jumaat menghasilkan pahala yang sama besarnya dengan puasa serta solat malam selama setahun.

Bahkan dalam riwayat dari Ibnu Majah disebutkan bahawa siapapun yang menanti solat Jumat lalu pergi pada pagi hari ke masjid sambil jalan kaki lalu ketika sampai kemudian duduk di dekat imam untuk mendengarkan khutbah, serta menjaga ketenangan agar khutbah tersampaikan dengan baik, maka akan memperoleh pahala yang besar.

4. Berzikir

Ada kenyataan yang menyatakan bahwa berzikir lebih baik dibandingkan dengan dunia dan isinya. Berdikir sangat mudah untuk dilakukan dan tidak memerlukan waktu yang banyak. Selain itu efeknya sangat dahsyat bagi kehidupan dunia dan akhirat.

Imam Muslim menyebutkan bahwa pujian terhadap Allah di dalam zikir lebih berharga dibandingkan mendapatkan kekayaan sebanyak apa pun yang ada dibawah matahari. Oleh sebab itu, jika Anda masih jarang berzikir kerana alasan sibuk, maka ingatlah bahwa Allah SWT selalu memiliki waktu untuk memelihara kita.

Demikianlah ulasan mengenai 4 amalan mudah yang pahalanya terus mengalir hingga hari kiamat. Jadi, 4 jenis amalan tersebut manakah yang sudah Anda lakukan ? Semoga dengan mengetahui hal ini, kita boleh memperbaiki diri dan sentiasa melaksanakannya. Sebab meskipun hanya amalan ringan, namun pahalanya terus mengalir hingga hari kiamat.

Semoga bermanfaat.


#Infokini di Inilah 4 Amalan Mudah Tapi Pahalanya Terus Mengalir Hingga Hari Kiamat

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.