Tanda-Tanda Awal Penyakit Batu Karang Di Kalangan Wanita

00:37
Tanda-Tanda Awal Penyakit Batu Karang Di Kalangan Wanita merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Tanda-Tanda Awal Penyakit Batu Karang Di Kalangan Wanita.


Gejala batu karang yang berlaku di kalangan wanita kemungkinan tidak akan menunjukkan sebarang tanda-tanda walaupun terdapat batu karang di sepanjang saluran sehingga menimbulkan kesakitan dan beberapa gejala lain.

Beberapa tanda lain batu karang adalah seperti berikut:

1. darah di dalam urin
2. kerap membuang air kecil
3. rasa sakit ketika buang air kecil
4. ketidakupayaan untuk membuang air kecil disebabkan adanya batu yang menyekat saluran kencing
5. berpeluh secara berlebihan.

Sakit batu karang boleh menjadi lebih teruk dan rasa sakitnya seperti batu sedang bergerak melalui saluran kencing.

Selain daripada itu tanda-tanda yang ketara ialah hilang selera makan, rasa letih, demam, muntah-muntah dan juga sembelit atau cirit birit.

Komplikasi batu karang yang kerap berlaku adalah jangkitan saluran kencing.

Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:

Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.

Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. (Cth makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.

Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.

Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.

Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.


#Infokini di Tanda-Tanda Awal Penyakit Batu Karang Di Kalangan Wanita

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.