BERTIUP KENCANG : Pemimpin UMNO Dan Beberapa Ahli Kabinet Bakal Sertai Mahathir?

12:24
BERTIUP KENCANG : Pemimpin UMNO Dan Beberapa Ahli Kabinet Bakal Sertai Mahathir? merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri BERTIUP KENCANG : Pemimpin UMNO Dan Beberapa Ahli Kabinet Bakal Sertai Mahathir?.
Hmm..... deras bertiup sekarang ni. Katanya ramai pemimpin-pemimpin UMNO dan Kabinet akan beralih kepada pembangkang ekoran tindakan undang-undang Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas berbilion-bilion aset yang didakwa disalah gunakan daripada dana pelaburan negara 1MDB . Itu menurut bekas editor kanan New Straits Times, Firdaus Abdullah yang dipetik daripada portal Malaysiakini.
Laporan South China Morning Post hari ini memetik Firdaus sebagai berkata, para pemimpin Umno itu telahpun memulakan perbincangan dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Umno dalam keadaan gundah-gulana. Beberapa pemimpin kanan parti itu telah mula 'berbincang' dengan Mahathir," ujar Firdaus, memetik laporan yang sama.
"Di kalangan mereka ialah ahli-ahli kanan Umno, anggota-anggota kabinet dan para pemimpin parti komponen BN," dakwanya tanpa mendedahkan butiran lanjut.
Baru-baru ini, Mahathir mengumumkan penubuhan parti politik baru yang akan membawa agenda 'Selamatkan Malaysia' dan menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Mahathir yang merupakan ahli veteran Umno akhirnya keluar parti itu pada bulan Februari yang lalu.
Kata beliau, penubuhan parti itu akan menarik mereka yang mungkin tidak menyokong parti-parti pembangkang sedia ada.
South China Morning Post turut memetik kenyataan bekas menteri persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang berkata, Umno kini semakin tertekan tetapi ahli-ahli mungkin mengambil sedikit masa untuk melompat parti.
"[Ahli Umno] malu-malu. Ia akan berlaku tetapi perlahan-lahan. Saya rasa Najib akan didakwa oleh Amerika Syarikat, dan kemudian kamu akan lihat orang melompat parti," jelas Zaid. (SUMBER)
PERHATIAN!!!
Artikel ini dipetik daripada portal MKini (Menipu Kini). So tahap kesahihannya amat boleh dipertikaikan. Bagi BB, Baca boleh, percaya jangan!
#Panas di BERTIUP KENCANG : Pemimpin UMNO Dan Beberapa Ahli Kabinet Bakal Sertai Mahathir?

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.