Status Lelaki Ini Ucap "Terima Kasih Polis" Jadi Viral

14:41
Status Lelaki Ini Ucap "Terima Kasih Polis" Jadi Viral merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Status Lelaki Ini Ucap "Terima Kasih Polis" Jadi Viral.


Status seorang lelaki mengucap terima kasih kepada PDRM menjadi viral di media sosial.

Menerusi status terbabit, difahamkan lelaki terbabit berbuat demikian setelah dia terserempak dengan empat pegawai polis yang masih lagi bertugas di hari raya pertama.

Menurut pemuat status berkenaan, Victor Chan, dia dalam perjalanan ke rumah apabila terserempak dengan satu roadblock di jalan bertentangan. Victor berkata kelihatan empat pegawai polis sedang berada di meja untuk menjamu hidangan tengahhari.

Rasa kesian dengan nasib polis-polis berkenaan, Victor mengambil inisiatif membeli hamper dari sebuah kedai dan menghadiahkan kepada kumpulan polis tersebut.



"Ini untuk kamu dan rakan sekerja kamu, hari ni hari raya, kamu sepatutnya berada bersama keluarga, bukan bekerja. Jadi ini cara saya mengucapkan terima kasih kerana tetap menjalankan tugas kamu sebagai polis", kata Victor kepada polis berkenaan.


Status dari Victor telah menjadi viral dan ada yang memandang negatif dengan perbuatan Victor sehingga ada yang menyifatkannya seolah-olah sebagai satu bentuk rasuah.

Victor kemudiannya menjernihkan keadaan dengan memuat naik satu status yang menjelaskan niat sebenarnya memuat naik status sebelum ini.

Menurut Victor, niatnya memuat naik apa yang dilakukannya hanya bertujuan untuk menyebarkan benda yang bagus. - Siakapkeli.my


#Infokini di Status Lelaki Ini Ucap "Terima Kasih Polis" Jadi Viral

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.